Khamis, 1 September 2016

YB KOTA DAMANSARA KECEWA DISKRIMINASI RUMAH PPR SEMAKIN MENJADI JADI @NajibRazak @NohOmar #scs14

Kejadian malam ini di PPR seksyen 8 Kota Damansara.


Sebuah keluarga di halau keluar oleh tuan rumah yang juga menjadi penyewa kepada pengurusan rumah PPR. 

Persoalannya disini, kenapa pihak pengurusan membiarkan penyewa asal menyewa rumah berkenaan walaupun secara terang terang melanggar perjanjian sewa dengan pengurusan? 

Dan kenapa hak mangsa yang dihalau diketepikan? 

Inilah sebab kenapa Tan Sri Noh Omar mengatakan bahawa pengurusan rumah PPR perlu diserahkan semula kepada Pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT supaya tidak ada diskriminasi terhadap mereka yang benar benar memerlukan kediaman.

Mengikut maklumat, memang banyak rumah yang masih kosong tetapi apabila ada mereka yang memerlukan rumah, jawapan yang diterima ialah, tiada rumah kosong.

Sangkakala akan bongkar tentang kediaman yang masih kosong tetapi dikatakan ada penghuni, apakah muslihat yang cuba di lakukan oleh kerajaan Selangor?

YB Hajah Halimaton Saadiah Bohan juga melahirkan rasa terkilan dengan kejadian pada malam ini memandangkan keluarga yang dihalau keluar mempunyai tanggungan seorang warga emas yang uzur berumur 82 tahun serta seorang OKU.

"Kenapa mereka yang layak diketepikan dan mereka yang jelas melanggar perjanjian dibiarkan untuk terus menjadi penyewa? Ujar YB Hajah Halimaton semasa Sangkakala bertanya pandangan beliau.

YB Hajah Halimaton turut sama melihat dan memantau keadaan keluarga yang di halau keluar masuk malam yang kedua dan kini mereka terpaksa menumpang di dewan PPR berkenaan.




Tiada ulasan: