Ahad, 4 Oktober 2015

PENGANJUR PROGRAM NOTHING TO HIDE MEMANG ADA NIAT SABOTAJ @NajibRazak

Masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebuah badan bukan kerajaan telah tampil mengadakan satu forum yang bertajuk 'Nothing to hide' yang diadakan di PWTC.

Program tersebut mendapat kecaman apabila Perdana Menteri tidak hadir apabila Tun Mahathir yang kerap kali mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dijemput sama.

Ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah disebabkan oleh larangan yang dilakukan oleh pihak polis atas faktor keselamatan Perdana Menteri setelah keadaan dilihat tidak selamat untuk Najib Razak berada dalam majlis berkenaan.

Persoalannya sekarang, adakah kehadiran Tun Mahathir memang sengaja di rancang oleh sesetengah individu untuk melihat Perdana Menteri dilagakan dengan Tun Mahathir?

Pada awalnya Sangkakala tak nampak macam tu, tapi akhirnya ia seolah olah benar benar menjadi kenyataan apabila Ketua Penganjur yang juga menrupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor pada ketika itu melepaskan jawatan tidak berapa lama selepas kejadian tersebut.

Adakah kerana kegagalan untuk menjatuhkan Najib Razak maka jalan terbaik adalah dengan melepaskan jawatan?

Yang kedua Sangkakala dapat makluman baru baru ini, bekas Naib Ketua Pemuda ini juga memberi kenyataan bahawa jangan sekat akar umbi untuk bersuara.


Nak tanya sikit pada bekas Naib Ketua Pemuda Johor ni, sejak bila rakyat Malaysia dihalang untuk bercakap? Setahu Sangkakala, masa sekarang sudah tidak ada halangan untuk rakyat biasa menyuarakan pendapat.

Tapi sama ada diterima atau tidak itu terpulang, tak semestinya semua yang disebut perlu dilaksanakan.

Dari apa yang disebut oleh mantan Naib Ketua Pemuda negeri ni, Sangkakala beranggapan memang dalam program Nothing to hide ada agenda tersembunyi dan dengan ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah amat tepat.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Die ni dulu dikenali sbagai kp bhgn johor yghardcore najib. Die blh jmpa najib direct. Hal yg blku antara die dgn najib. Yg xtau elok jgn ulas sbb dilihat memalukn.

Labu8455 berkata...

Insaf lah yang jari tu cuma ada sembilan ,jangan lah hendaknya yang sembilan tu pun diambil Tuhan....

Tanpa Nama berkata...

Alahai admin tanya je, jawab jelah, betul ke dia nak lagakan Najib dan Tun. Kalau ia kenapa. Kalau x , x pelah. Sebab apa niat dia, dia dan Allah je yg tahu. Sebagai pembaca, saya pun ingin tahu juga.