Selasa, 11 Ogos 2015

LAGI SEKALI @IsmailSabri60 BUAT HAL

Masa mula pegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dulu Sangkakala ingat lagi apabila YB Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri membuat kempen 'JIHAD PERANGI ORANG TENGAH' hanya semata mata mahu melihat petani, penternak dan nelayan memperolehi pendapatan lumayan hasil dari usaha penat lelah mereka.

Menteri ini pernah berkata bahawa petani, penternak dan nelayan di luar negara mampu menjadi jutawan hanya melalui usaha dan bidang yang mereka ceburi dan kini nampaknya usaha berkenaan sudah menampakkan hasil dimana beberapa program untuk membantu golongan tersebut oleh badan badan kerajaan turut sama memainkan peranan.

Kini setelah memegang jawatan sebagai Menteri di Kemeterian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri merangka rangka untuk membuka hub IT atau pusat jualan barangan IT di bangunan MARA jalan Raja Laut.


Mungkin ramai yang tahu bahawa ini adalah untuk memberikan pilihan kepada pengguna tempat untuk mencari serta membeli barangan atau gajet berkaitan dengan IT dan elektronik, tapi bagi Sangkakala ianya dilihat dari konteks yang lain.

Ada kemungkinan Menteri ini melihat bahawa pada hari ini ramai dikalangan anak anak Melayu dan Bumiputera mempunyai kelebihan dalam urusan jual beli dan khidmat pembaikan barangan tersebut tetapi mereka ini tidak mampu untuk menyewa premis yang kadar sewanya agak tinggi seperti pusat pusat membeli belah.

Dengan adanya inisiatif ini maka golongan muda Melayu dan Bumiputera mampu untuk memberikan saingan tambahan pula ianya selaras dengan tujuan penubuhan MARA iaitu membantu orang Melayu khususnya.

Tahniah dan syabas Sangkakala ucapkan kepada Dato' Sri Ismail Sabri yang nampaknya peka dan prihatin dengan isu serta keperluan semasa.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DS Ismail Sabri memang terbaik. Dah macam2 cadangan dan tindakan yang telah beliau lakukan.

Majulah bangsa Melayu!

Tanpa Nama berkata...



terbaik... pasti ismail sabri dpt A dari pengundi cina di bera

Tanpa Nama berkata...

Good job datuk.keep it up ......may Allah bless u

megat faris berkata...

Ni baru bétul2 men3 yg brtanggung jawab..
SYABASS ...

megat faris berkata...

Ni baru bétul2 men3 yg brtanggung jawab..
SYABASS ...

megat faris berkata...

Ni baru bétul2 men3 yg brtanggung jawab..
SYABASS ...