Selasa, 4 Ogos 2015

BLOGGER COPY PASTE CUBA BANGKITKAN KENYATAAN LAMA @NohOmar

Nampaknya dah ada blogger tak tau datang darimana copy paste artikel lama dari MalaysiaKini semata mata untuk membangkitkan kemarahan rakyat Selangor.

Kenyataan tersebut dibuat sebelum pilihanraya umum ke 13 yang lalu dan yang paling ketaranya kenyataan tersebut telah diolah untuk mengelirukan serta menunjukkan persepsi buruk terhadap UMNO dan Barisan Nasional Selangor.


YB Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan kepada Pakatan Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan perkara tersebut jelas dinyatakan dalam artikel DISINI..

Pembangkang selama ini sengaja mengenengahkan isu tentang ketelusan pilihanraya dan ianya disambut oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian kenyataan berkenaan disokong oleh YB Datuk Seri Noh Omar yang bersetuju sekiranya Pembangkang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan undang undang yang termaktub dalan perlembagaan maka mereka ini seharusnya duduk di dalam hutan dan gunakan undang undang rimba.

Jadi disini apa yang Sangkakala nampak, tidak ada isu tentang perkara tersebut dan kalau mengikut tajuk yang disebut oleh blogger PanasSensasiTerkini jelas menunjukkan bahawa blogger ini dengan sengaja mencetus bara di kalangan rakyat.

Kalau setakat nak copy paste artikel dari MalaysiaKini rasanya penulis laman blog berkenaan tak mempunyai etika dalam penulisan dan sengaja menyemarakkan api kemarahan sedangkan apa yang disebut memang betul.




Tiada ulasan: