Rabu, 5 Ogos 2015

PENIAGA MELAYU TERUS DITINDAS OLEH PBT !!! ARAHAN SIAPA AGAKNYA NI ??? @NohOmar

Selama ni kita disajikan dengan pelbagai permasaalahan dalam pentadbiran kerajaan Selangor seperti masalah air, kesihatan dan sebagainya.

Hari ini pula satu lagi sajian diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali iaitu merobohkan gerai.

Gerai gerai makan di seksyen 7 Kota Damansara dirobohkan tanpa mengambil kira toleransi diantara rakyat dengan kerajaan.

17 peniaga terlibat apabila gerai mereka dirobohkan pagi tadi dan satu perkelahian hampir tercetus apabila salah seorang peniaga hilang sabar melihat gerai yang selama ini menjadi tempat beliau mencari sesuap nasi rebah menyembah bumi setelah ditolak dengan jentera oleh pegawai penguatkuasa MBPJ.








Mengikut kata peniaga, dua notis telah dikeluarkan oleh MBPJ dan mereka telah pergi ke pejabat MBPJ untuk melakukan rundingan tetapi pihak MBPJ telah meminta para peniaga ini berjumpa pula dengan seorang Ahli Majlis bernama Shatiri. Notis yang diberikan pula bukanlah merobohkan gerai tetapi notis yang mengatakan bahawa mereka berniaga tanpa lesen.


Sepatutnya perjumpaan dengan Ahli Majlis tersebut berjalan pagi ini tetapi apa yang memeranjatkan mereka apabila jentolak MBPJ dengan rakus meranapkan gerai mereka tanpa menunggu keputusan perbincangan diantara mereka dengan Ahli Majlis tersebut.

Yang menariknya, bukan sahaja perbincangan tidak berlangsung, malah Ahli Majlis yang dimaksudkan berkata bahawa beliau dalam perjalanan ke tempat kejadian dan sehingga selesai kerja kerja merobohkan gerai, muka Ahli Majlis pun tak nampak malah selepas dihubungi pada kali pertama, Shatiri dikatakan tidak lagi menjawab panggilan telefon.

Ini le nasib rakyat Selangor khususnya orang Melayu di negeri Selangor. Nak berniaga untuk mencari sesuap nasi amat payah sedangkan gerai gerai ini telah pun wujud di zaman kerajaan Barisan Nasional lagi.

Tapi apabila kerajaan Pakatan mengambil alih nasib peniaga di Selangor umpama telur dihujung tanduk.

Tapi tak disalahkan juga, sudah dua penggal Pakatan menjadi kerajaan dan permasaalahan permasaalahan ini sering berlaku namun ada rakyat Selangor masih memilih Pakatan sebagai kerajaan negeri.



Tiada ulasan: