Presidennya, YB Sdr Anuar Abd Manap mewakili Majlis Belia Felda menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh FGV demi untuk kepentingan peneroka dan para pelabur lain.
Pembelian saham syarikat PT Eagle Plantation sebenarnya memang mampu menjana lebihan pendapatan kepada FGV dan ini sekaligus mampu untuk memberikan keuntungan berganda kepada para pelabur.
Ramai terutamanya dari kalangan pihak pembangkang menggembar gemburkan bahawa FGV akan merugikan para pelabur sedangkan itu semua hanyalah dakyah yang bersangkutan dengan politik tanah air dan para pengkritik ini sebenarnya tahu bahawa FGV mampu menjana pendapatan dengan lebih kukuh dimasa akan datang dengan plan pembaharuan yang sedang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan