Ahad, 23 Ogos 2015

RAMAI YANG TAK SABAR NAK PEGANG JAWATAN TINGGI PARTI @NajibRazak

Nampaknya ramai yang dah tak sabar sabar nak memegang jawan tertinggi dalam parti tak kira di peringkat bahagian mahupun peringkat nasional.

Ini terbukti apabila ada diantara bahagian bahagian yang mengusulkan agar pemilihan diadakan pada tahun hadapan dan ianya sekaligus menolak apa yang di putuskan dalam mesyuarat MT UMNO yang mana pemilihan dilanjutkan selama 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya.

Persoalannya disini hari ini, kenapa perlu kelam kabut nak diadakan pemilihan? Adakah pertandingan dalam parti lebih penting daripada pertandingan diantara parti? Adakah menjadi pemimpin parti lebih besar daripada menjadi kerajaan bagi sebuah negeri atau negara?

Seperti biasa jika ada pertandingan sudah pasti akan ada yang kecewa dan ianya bukan sahaja melibatkan calon, malah yang menyokong calon juga akan kecewa seterusnya akan menidakkan calon pilihanraya dan ayat biasa yang kita dengar ialah parti tak adil sebab calon pemilihan mereka kalah walaupun calon dalam pemilihan itu diundi oleh perwakilan.

Berapa ramai pula dikalangan calon yang mampu untuk mengendurkan tekanan perasaan para pengikut mereka supaya berkerja seperti biasa walaupun calon berkenaan kalah? Dan berapa peratus pula pengikut yang mampu menerima kekalahan calon mereka dan mereka kembali bertaut untuk memenangkan Barisan Nasional.

Kita semua dapat lihat bahawa kewujudan parti Semangat 46 adalah berpunca dari pemilihan parti apabila YM Tengku Razali Hamzah gagal untuk menjadi Presiden UMNO satu ketika dulu dan perpecahan di peringkat cawangan dan bahagian amat ketara selepas sahaja pemilihan.

Jadi kepada mereka mereka yang tak sabar sabar nak jadi pemimpin harap dapat faham dan tunggu sampai tarikh pemilihan yang akan diadakan nanti.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai apabila otak kat lutut inilah hujah yg paling BODOH

Tanpa Nama berkata...

Kata hujah paling bodoh..habis tu kamu ada hujah ke?? Hahaha..nampak kesialan diri menyerlah..

Tanpa Nama berkata...

Satu Malaysia dah hilang kepercayaan pada Najib.. tak payah nak membodek lagi TN 5:20 !!! Hanya bangkai busuk saja yang cuba menunjukkan sokongan yang hipokrit.........