Ahad, 2 Ogos 2015

BILA HATI DAH JADI HITAM !! KENYATAAN @IsmailSabri60 JADI PERTIKAIAN

Dikala saat sekarang ni, ramai sungguh mereka mereka yang membenci Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan mengeluarkan apa sahaja hujah termasuk memberikan kata kata yang dilihat amat kurang menyenangkan.

Kenyataan seorang Menteri yang mengeluarkan pandangan peribadi juga akan disalah tafsir sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.

Tapi itu semua adalah lumrah sebagai manusia tambahan pula bagi yang bernama Melayu yang kebanyakannya akan menjadi 'BATU API' untuk memperlihatkan seorang pemimpin menjadi buruk di mata masyarakat.

Sangkakala tunjukkan satu contoh manusia yang telah hitam hatinya terhadap kepemimpinan YAB Dato' Sri Najib Razak melalui status facebook.


Mungkin pemilik akaun ini tidak mampu menganalisa secara positif apa yang dimaksudkan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri dalam kenyataan beliau.

Cuba fikirkan secara positif sebentar, Najib Razak memenangi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan dan pemilihan itu pula dibuat oleh ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Apa yang membuatkan ahli UMNO boleh memilih Najib Razak sebagai pemimpin nombor 1 parti dan seterusnya negara?

Bukankan atas dorongan dari Allah SWT maka Najib telah dipilih oleh para perwakilan untuk menjadi pemimpin?

Maka jika ada yang tidak mampu atau tidak mahu percaya dengan ketentuan ini maka mereka juga tidak percaya kepada Allah sepertimana yang disebutkan oleh Ismail Sabri.

Jika mereka percaya dengan ketentuan ini, dan mereka percaya bahawa setiap ketentuan Allah itu ada hikmah disebaliknya, maka sudah pasti mereka dapat menerima apa yang diucapkan oleh YB Dato' Sri Ismail dan mereka juga akan menerima dengan berlapang dada.

Cuma apabila hati sudah tidak lagi mampu untuk menerima dan tidak lagi mahu kearah kebaikan, maka pelbagai tohmahan akan dilempar tanpa mengkaji sejauh mana ianya benar.

Kepada pemilik akaun seperti yang Sangkakala paparkan diatas, kalau nak komen boleh, cuma kaji dan selidik supaya perpecahan tidak terus berlaku.




1 ulasan:

akmy berkata...

Memang pemimpin datang dan pergi..tidak ada yang boleh menungkat langit selama2nya tetapi sangat malang bagi kaum itu dia dia sendiri menjatuhkan pemimpinnya hasil berita fitnah dan persepsi buruk semata2 hasil sifat dengki, dendam malah lebih teruk kalau penipuan fitnah itu datangnya dari pengkhianat bangsa dan agama…ingat dan belajarlah dari peristiwa lalu.. “Pada tahun 1997, Ringgit Malaysia telah mencapai titik paling rendah dalam tukarannya berbanding Dollar Amerika Syarikat. Pada ketika itu, tekanan dibuat kepada pentadbiran Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir agar tunduk kepada Amerika Syarikat agar Malaysia membuat pinjaman daripada Bank Dunia serta menerima pakej rangsangan IMF yang cuba 'menstabilkan' dan mengurangkan kuasa 'tujuh harimau Asia' yang Malaysia adalah negara terakhirnya”…juga Sentiasa ingat dengan pesanan…” Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN..” Ini bukan hanya berkenaan Yahudi-Freemason Illuminati NewWorld Order. Tetapi, ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order.. sebahagian besar rakyat Malaysia besar tidak mempunyai pengetahuan tentang Jesuits..jadi rupanya ada agenda yang sangat besar dan bahaya dibelakang pembangkang”..” Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).. ...Ingatlah pesanan bekas Naib Pengerusi DAP “Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tentera siber DAP atau dikenali sebagai `Red Bean Army' dibayar dengan gaji besar untuk menabur fitnah tanpa henti.. kumpulan berkenaan sekitar 200 orang menabur fitnah 24 jam sehari bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai..Red Bean Army sebenarnya lebih merbahaya daripada pengganas komunis yang mengganas di Malaysia suatu ketika dahulu...Strategi RBA lebih memfokuskan kepada penjajahan minda secara halus dikalangan orang Melayu terutamanya anak muda agar membenci kerajaan pimpinan orang Melayu.