Jumaat, 21 Ogos 2015

@azminali PENING KEPALA KENA KELUAR DUIT LAGI #selamatkanselangor

Nampaknya Azmin Ali dah pening bila ADUN dari Pakatan Rakyat di Selangor sendiri mengusulkan agar syarikat Darul Ehsan Investment Group dikaji semula dalam sidang DUN baru baru ni.

RM 30 billion aset kerajaan Selangor diletakkan dibawah DEIG yang hanya bermula dengan modal RM 2 dan diletakkan dibawah 2 orang ahli lembaga pengarah menimbulkan tanda tanya dan ianya menjadi kegusaran bukan sahaja ADUN BN malah ADUN ADUN Pakatan juga mula tertanya tanya tentang kenapa syarikat tersebut diberi kepercayaan untum mengurus tadbir aset kerajaan negeri.


DEIG bebas menggunakan wang keuntungan syarikat kerana ianya tidak terikat dengan kerajaan negeri dan dengan pendedahan serta usul yang dilakukan oleh ADUN Pakatan sudah jelas akan memeningkan kepala Azmin bagaimana untuk meyakinkan ADUN ADUN mereka sendiri tentang DEIG.

Apa yang Sangkakala lihat disini, tidak mustahil akan ada ADUN Pakatan yang akan menjadi jutawan segera dalam usaha Azmin untuk mendiamkan atau menutup mulut ADUN ADUN mereka sendiri.

Percaya atau tidak isu ini akan mendapat semula sokongan ADUN PR jika DEIG dengan bermurah hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Dan apa yang pasti, rakyat Selangor yang akan menjadi mangsa dimana hak mereka sebagai rakyat akan digunakan untuk kepentingan politik Azmin Ali.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

persidangan dun selangor baru2 ini hangat dengan isu DEIG. bukan sahaja adun bn, malah adun pr juga. kita tengok sahaja lepas ni, adun pr mana yang tiba2 senyap tak bukak mulut pasal DEIG. rekod kelantangan mereka dalam sidang dun rakyat dah tengok....jeng..jeng..jeng. nak terus pertikaikan DEIG atau zip mulut, takut rm terlepas....