Khamis, 20 Ogos 2015

AZMIN ALI TUKAR SYARIKAT RM 2 JADI SYARIKAT MULTI BILLION DISELANGOR #selamatkanselangor

Hebat betul Menteri Besar Selangor bila terlebih percaya pada 2 orang yang tidak dikenali untuk mengendalikan syarikat Darul Ehsan Investment Group.

Yang lebih menarik apabila syarikat berkenaan cuma dikatakan menggunakan modal berbayar sebanyak RM 2 dan kini mempunyai aset sebanyak RM 30 Billion hasil daripada penganugerahan tanah di Selangor yang hampir percuma untuk dibangunkan.




Syarikat DEIG juga dikatakan tidak perlu untuk memberikan laporan audit kepada kerajaan negeri Selangor dan ini sekaligus nampaknya membiarkan syarikat berkenaan dengan sesuka hati menggunakan hasil keuntungan dari penjualan penjualan tanah di negeri Selangor tanpa pemantauan.

Mana mungkin sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dengan 2 orang ahli lembaga pengarah mendapat kebebasan menggunakan keuntungan syarikat sedangkan syarikat tersebut mendapat keuntungan daripada hasil kerajaan negeri.

Persoalannya disini, siapa 2 orang ahli lembaga tersebut? Adakah mereka mewakili sesiapa dalam kerajaan negeri?

Kenapa tanah tanah ini tidak diserahkan kepada PKNS yang merupakan sebuah Perbadanan di bawah kerajaan negeri untuk menguruskan hartanah yang ada di Selangor? Kenapa perlu sebuah syarikat lain yang tidak berpengalaman? 

Ada juga yang mengatakan bahawa 2 orang ahli lembaga pengarah ini adalah proksi kepada Azmin Ali dan tak kurang juga yang mengatakan syarikat tersebut ditubuhkan untuk menyalurkan wang keuntungan syarikat kepada Azmin dan PKR.

Azmin perlu jawab semua pertuduhan ini kerana tanah di Selangor adalah hak rakyat Selangor dan ianya perlu diuruskan dengan amanah.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni semua mesti dari tunjuk ajar Raja Liwat Sg Buloh!!

Raja Liwat memang pakar MENIPU dan MENCURI harta rakyat!