Ahad, 1 Disember 2013

PERLANTIKAN KAZIM !!! PENCACAI PAS MENGELUPUR MACAM CACING


Bila diumumkan sahaja perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  maka ramailah pencacai PAS yang melompat dan barulah mereka mengatakan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli PAS. 

Takkan selama ni mereka tak tau yang Ustaz Kazim adalah ahli PAS dan kenapa baru sekarang semua nak mengaku?

PAS selama ni pun buat tak tau je dengan Ustaz Kazim dan apa juga pandangan beliau tentang PAS tidak pernah diambil pusing oleh parti tersebut terutamanya kepimpinan PAS itu sendiri.

Tapi kita tinggalkan dulu kisah Ustaz Kazim sebagai ahli Parti PAS yang tidak pernah diambil peduli.

Sangkakala nak bertanya sikit pada kepimpinan dan para pengikut PAS, adakah menjadi menjadi kesalahan kalau Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sedangkan didalam PAS sendiri yang bukan islam dilantik untuk duduk sekali didalam saf kepimpinan pusat.


Macam mana ada cina pulak dalam kepimpinan PAS sekarang? Adakah PAS kini sudah menjadi parti antara kaum seperti PKR?

Ini persoalan yang perlu dijawab oleh PAS sebenarnya dan bukan mempertikai lantikan Ustaz Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

PAS seperti tidak diterima secara telus oleh DAP sehinggakan mereka terpaksa membawa masuk orang bukan islam sebagai pemimpin di peringkat pusat. 

Ini kerana, jika PAS diterima oleh DAP dan PKR maka sudah cukup dengan persefahaman mereka dan tidak perlu lagi perlantikan didalam kepimpinan peringkat pusat untuj orang bukan Islam.

Seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, UMNO menerajui Barisan Nasional mewakili orang Melayu dan Bumiputera manakala MIC menjaga kepentingan orang India dan MCA pula menjaga kepentingan orang orang Cina dan begitu juga dengan parti komponen yang lain yang mana parti parti tersebut menjaga kepentingan bangsa banhsa atau kaum yang diwakili.

Jadi disini jelas kelihatan bahawa PAS sebenarnya terpaksa mengikut arus pakatan dan PAS juga dilihat sebagai sebuah parti yang tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung yang terpaksa mengikut apa juga kata parti sekutu mereka.

Sangkakala lihat, tidak lama lagi PAS akan menerima lebih ramai kemasukan orang bukan Islam atau Melayu kerana ianya akan dituntut oleh mereka mereka ii dan tidak mustahil PAS akan didominasi oleh mereka yang bukan Islam agar suara mereka didengari dan seterusnya menidakkan agenda yang dibawa oleh PAS selama ini.

Kita juga biasa mendengar kata kata sinis dari pengerusi DAP yang menghalang PAS dari melaksanakan agenda yang dikatakan diperjuangkan oleh mereka selama ini seperti hudud dan negara Islam.

Tapi oleh kerana terlalu taksub dengan kepentingan di peringkat pusat dengan dijanjikan pelbagai jawatan walaupun jawatan tidak berkepentingan, maka PAS mengalihkan pandangan dan bantahan parti sekutu mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

Ini seharusnya diteliti oleh orang PAS sendiri sebelum membuat sebarang keputusan dan kita dapat lihat juga sudah berapa ramai dikalangan kepimpinanan Pakatan Pembangkang yang bertindak keluar parti kerana merasakan perjuangan Pakatan Pembangkang tidak selari diantara satu sama lain.

Jadi disini Sangkakala rasa ahli serta pengikut PAS perlu lebih bijak kerana dengan kebijaksanaan ini akan menjadi pertahanan untuk terus lena dibuai dengan angan angan kepimpinan PAS itu sendiri.