Ahad, 29 Disember 2013

MAUT JATUH GUNUNG

KOTA BHARU 29 Dis. - Seorang pelajar Universiti Nasional Singapura maut selepas tergelincir dan jatuh ke dalam gaung ketika berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai dekat sini pada petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Lee Jun Jie, 23, dikatakan tergelincir disebabkan keadaan laluan yang licin ketika melihat pemandangan daripada gunung itu.

Jun Jie bersama 22 rakannya termasuk lapan wanita dari universiti tersebut mula mendaki gunung itu pada petang semalam dan berkhemah di sana.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir, mayat mangsa dijumpai pada pukul 9.50 pagi ini.

Difahamkan pasukan bomba terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. - UTUSAN 


Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: