Ahad, 15 Disember 2013

@NajibRazak @zahid_hamidi JANGAN BUAT LAWAK BANGANG BOLEH ???


Sangkakala tengok makin sehari makin menjadi pulak lawak bodoh menteri dalam negeri ni, kenapa jadi macam tu agaknya ye?

Dah macam macam perkara Sangkakala tengok dia buat, tapi semua separuh jalan je, takdw pulak yang sukses, macam mana orang boleh kata hebat sangat Ahli Parlimen Bagan Datoh ni.

Cerita pertama Sangkakala nak kongsikan ialah Ops Cantas yang dilakukan sebelum pemilihan agung UMNO yang lepas, bukan main hebat lagi masa tu kan?

Tapi lepas pemilihan pula mana ops cantasnya? Atau Ops Cantas ni hanya dibuat sebab takut Zahid kena cantas dari jawatan Naib Presiden.

Kalau dulu tembak sana, tangkap sini, periksa kereta, motorsikal, lori, basikal dan segala bagai yang boleh diperiksa sekarang ni apa pun takde, senyap je.

Begitu juga dengan kes Lahad Datu, nak dedah dalang kononnya, dalang apa yang didedahkan? Kalau betul ada bukti tangkap je jangan tunggu, tapi nampaknya Zahid sendiri dah jadi macam TOK DALANG WAYANG KULIT, satu orang suara banyak.

Ni dah cerita bab Syiah pulak, tangkap je kalau dah terbukti si Mat Sabu tu syiah, tunggu buat apa lagi? Tapi ketua Syiah di Kedah yang mengaku tu pun tak tertangkap lagi sedangkan dah buat pengakuan secara terbuka tu.


Kawan Sangkakala pun bertanya benda yang sama juga ni, kenapa tak tangkap terus ketua syiah ni?

Baca DISINI untuk baca apa komen rakan blogger Sangkakala lak..

Kepada Datuk Seri Zahid, Sangkakala nak nasihatkan jangan le buat lawak bangang lagi, sebab lama lama orang jadi meluat, kalau setakat berdentum dentam bercakap lepas tu diam membisu tak guna duduk di kerusi nombor 3 parti tu.