Sangkakala agak kecewa dengan sikap kerajaan Kedah yang selalu sangat Sangkakala perhatikan tak peduli tentang anak kelahiran Kedah sendiri.
Yang Sangkakala maksudkan ni ialah rakan rakan blogger dan penggiat media sosial di Kedah yang bagi Sangkakala tidak kurang hebatnya.
Apa kurangnya anak anak Kedah yang bergiat aktif dalam Media sosial berbanding dengan orang dari negeri lain?
Masa nak pilihanraya hari tu, adakah orang luar yang beriya pertahankan negeri Kedah hingga memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional sampai bila dah menang anak anak Kedah ni duduk ke tepi.
Dulu kalau ikut slogan memang sedap sangat bunyinya, "BN MENANG KEDAH SENANG".
Nak tanya sikit kat Dato Paduka Mukhriz, maksud Kedah senang tu macam mana, Kedah saja atau termasuk anak anak Kedah sekali?
Yang Sangkakala tengok sekarang mungkin hanya negeri Kedah, tapi anak anak Kedah yang pernah bertungkus lumus dulu duduk tepi tangga, tunggu nak letak tempurung je belum lagi ni.
Mesti pembaca tertanya tanya kenapa pulak Sangkakala serang sekali lagi kerajaan Kedah ni kan? Ni jawapan dia.
Kerajaan Kedah akan buat satu acara peringkat antarabangsa, memang gah bunyinya ibarat lintar membelah bumi, almaklumlah peringkat antarabangsa di sebuah negeri kecil.
Dengar cerita program ni makan belanja sampai RM 18 juta dan RM 5 juta dibelanjakan untuk pertunjukkan bunga api.
Amboi.. RM 5 juta untuk jamuan mata pengunjung? Hebat kerajaan Kedah ni, mata orang bagi RM 5 juta, mulut orang sendiri sumbat dengan pasir, bagus le tu kan?
RM 5 juta boleh dibuang ke udara takkan langsung tak boleh nak bagi sikit pada rakan rakan Sangkakala untuk cari makan?
Promosi pun langsung tak bagi ni, apa sudah jadi? Media Prima pulak yang beriya dapat eksklusif rights atau hak istimewa untuk program tu, yang anak anak Kedah hari hari berantakan di alam maya langsung buat tak reti.
Agaknya apa yang ada dalam kepala si Mukhriz ni? Takkan bebal sampai macam tu sekali kot? Sebab kalau nak diikutkan kata orang, orang yang takde rambut ni bijak berfikir tapi apa yang Sangkakala nampak cuma bijak berfikir untuk adik beradik suku sakat sepupu sepapat dan rakat terdekat je, tapi bab kebajikan jentera yang setengah mampos buat kerja dalam longkang duduknya.
Fikirlah sikit Dato', nak cakap lebih karang susah pulak, tapi kalau tak cakap lagi susah, bukan Sangkakala yang susah tapi anak anak Kedah sendiri.
Lagi satu, Mukhriz Tun Mahathir kena fikir sama, duit tu duit rakyat, kongsikanlah bersama untuk rakyat juga, kalau memuaskan mata orang luar tapi orang sendiri menitik air mata tak guna juga.
Takkan orang luar yang datang bertandang tu nanti nak datang jadi jentera dan pengundi dalam pilihanraya akan datang kot.
Nak tau dengan lebih lanjut baca DISINI