Isnin, 16 Disember 2013

BELAJAR DARI KESILAPAN !!! UMNO/BN MAKIN LALAI !!!

Kalau nak dikirakan cerita daripada seorang rakan blogger Sangkakala ni ada juga benarnya apabila kerajaan mengumumkan melalui Menteri Jabatan Perniagaan Malaysia (JPM-yang lain Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Wahid yang dulu jaga HARIMAU (maybank) akan kenaikan tol yang dikatakan perlu di Malaysia.

Dengan memberikan contoh seperti kawasan yang tidak ada Tol tapi kerajaan Barisan Nasional tetap juga kalah, juga adalah betul dan tepat.

Satu pertanyaan Sangkakala nak ajukan di sini, kalau dah tempat takde tol tu pun kalah, tempat yang naik harga tol ni boleh menang ke?

Lagi satu bila dikatakan bahawa subsidi yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat berjumlah RM 400 juta untuk pembiayaan tol perlu diuruskan sebaik mungkin dan diberikan semula kepada rakyat, nak juga bertanya disini, kemana pula duit sebanyak RM 400 juta tu akan diagihkan?

Dengan penarikan subsidi minyak, penarikan subsidi gula, kenaikan tarif elektrik, kini kenaikan bayaran tol sudah pastinya akan membuatkan akan ada beberapa kenaikan lagi seperti contoh.

Tambang pengangkutan berteraskan elektrik akan naik, barangan keperluan juga akan naik kerana kenaikan harga tol, minyak dan elektrik kerana pengangkutan yang mengangkut barangan tersebut sudah pastilah menggunakan minyak petrol atau diesel dan ada juga yang melalui lebuh raya (walaupun tak semua) dan dengan alasan alasan ini maka, kenaikan akan dilakukan oleh peniaga, jadi siapa nak jawab semua ni?

Nak juga Sangkakala bertanya, siapa dikalangan Menteri yang amik tiket tol dan bayar topl secara tunai di kaunter bayaran? Ada?

Jadi Sangkakala rasa tak mungkin sama sekali Sangkakala bersetuju dengan apa yang rakan blogger Sangkakala ni katakan, walau apa juga alasan, kenaikan ini adalah menjadi beban kepada rakyat, dan Sangkakala pasti dan amat yakin, rakyat akan menghukum kerajaan ini dalam PRU akan datang, kerana bagi Sangkakala Barisan Nasional tidak pernah belajar dari kesilapan, dan akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Baca artikel yang Sangkakala maksudkan dalam pautan dibawah..

http://bit.ly/1dgwgUd


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: