Rabu, 25 Disember 2013

PENGERUSI BMB HANYA HISAP CIGAR ?? APA PERANCANGAN ???

Sangkakala rasa sudah sampai masanya penggerak media pro BN untuk bergerak sendiri tanpa perlu memikirkan pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.

Kalau asyik nak fikir pasal orang yang tak tau nak buat kerja ni rasanya merudum le Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. 

Sangkakala tak nampak lagi apa perancangan yang dibuat oleh Ibdil selaku Pengerusi BMB Pemuda UMNO Malaysia ni melainkan gambar sedang hisap cigar yang diterima.


Hehehe..rupanya hisap cigar dengan anak si Nazri Aziz, apa urusan dengan anak Nazri si Nedim ni agaknya kan..pelik juga, tapi ye lah, kan si Ibedil ni suka beristagram dan ber LIFESTYLE.

Sedang si Ibedil sibuk melayan anak anak orang kaya yang terserlah ke elitannya, masih ada yang telah bertungkus lumus dan terus memberikan khidmat.

Dan macam yang Sangkakala nyatakan dalam artikel Sangkakala tak berapa lama dahulu, ada beberapa exco pemuda yang telah melakukan tanggungjawab mereka dalam membantu masyarakat serta kerajaan.



Pelik la Sangkakala dengan pengerusi B2B ni, ehh..silap, BMB.

Pembangkang telah mencanangkan bahawa mereka akan mengadakan huru hara di Kuala Lumpur pada malam diambang tahun baru.

Tapi sampai sekarang Sangkakala tak dengar lagi perbincangan atau perancangan untuk meletakkan blogger atau facebooker bagi menjalankan tugas sepertimana yang dilakukan dahulu.

Tugas tugas ni Sangkakala rahsiakan dulu sebab nanti kalau dihebahkan akan membahayakan rakan rakan yang secara sukarela membantu kerajaan..ingat tu..MEMBANTU KERAJAAN!!! Bukan bantu si Ibedil mencari nama.

Dan sekarang apa yang pastinya si Ibedil ni sedang bersenang senang tanpa perlu memikirkan apa apa masalah tentang pertempuran di alam maya kerana LIFESTYLE yang beliau sebut sebutkan selama ini perlu direalisasikan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang diatas brbncang pasal projek...dibwah kerje berkhidmat brtungkus lumus..pegi mamposlah diaorg..