Jumaat, 17 April 2015

ADUN KOTA DAMANSARA TERJAH RUMAH PENDUDUK

Sangkakala pagi tadi berkesempatan mengikuti program Jelajah Kasih ADUN Kota Damansara bagi melihat serta menyelami permasaalahan penduduk di sekitar PPR Seksyen 8 Kota Damansara.

Sebanyak 20 buah rumah telah dilawati rata ratanya adalah merupakan rumah orang orang miskin yang baru mendiami kawasan perumahan tersebut.

YbB Hajah Halimaton Saadiah Bohan berserta dengan Unit Pembangunan Persekutuan ( ICU ) serta beberapa Jabatan Kerajaan diikuti dengan NGO Sahabat Media Selangor dan Skuad Sukarelawan Kota Damansara juga memberikan bantuan makanan disamping mengambil data data mereka untuk disalurkan bantuan melalui jabatan jabatan seperti JKM dan lain lain.





Disamping memberikan bantuan makanan, pemeriksaan kesihatan juga dilakukan oleh sukarelawan Sahabat Media Selangor.

Menurut kata YB Halimaton, program seperti ini sentiasa dijalankan bagi membantu rakyat dan mengenal pasti permasaalahan mereka bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada YB Halimaton yang begitu prihatin kepada masaalah rakyat khususnya para pengundi di kawasan PPR Kota Damansara dan Sangkakala harap program seperti ininakan diteruskan dimasa masa akan datang.


3 ulasan:

down under berkata...

Ni nak pergi majlis bersanding rumah bisan kat oversea sapa nak tanggung kos hah? Duit pembayar cukai ke ato duit atok ko hah lahanat! Woi bloger mangkuk, apesal ko senyap? Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat down under tak sekolah, lain isu yang admin tulis, lain pulak dia katakan, hahaha!!! Siapa mangkuk sebenarnya ni..atau pakai duit atok tiri laki mak kau nanti tu, bodoh tak boleh diajar,teruskan Sangkakala

down under berkata...

Eeleeh.! Kah kah kah