Selasa, 26 Januari 2016

ADUN TERATAI BAYAR DENDA PADA MAJLIS PEGUAM #SCS #SMSS

Sangkakala dapat berita ni melalui rakan facebook yang mengatakan bahawa ADUN Teratai telah diminta membayar denda kepada Majlis Peguam kerana masalah disiplin yang amat buruk.


Kalau dah Majlis Peguam sendiri pun mengesahkan bahawa ADUN ni mempunyai masalah disiplin, rasanya memang takde disiplin la ADUN ni.

Kalau nak diikutkan, bukan hanya di luar, tapi dalam sidang DUN juga ADUN Teratai ni mempunyai masalah disiplin iaitu tidak menghormati ADUN ADUN lain.

Jadi kepada pengundi Teratai, fikir fikirkan lah, takkan ADUN yang bermasaalah ni nak dikekalkan sebagai ADUN pada sesi akan datang.


Jumaat, 22 Januari 2016

HALA TUJU BARU DALAM PERNIAGAAN FELDA GLOBAL VENTURES #sahabatfgv

Felda Global Ventures nampaknya menyasarkan produk hiliran sebagai salah satu cabang perniagaan bagi mengatasi harga pasaran minyak sawit yang tidak menentu.

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam temuramah di Kajang.

Selama ini FGV menyasarkan perniagaan minyak sawit serta getah sebagai sumber utama perniagaan syarikat berkenaan dan apabila melihat bahawa produk hiliran mempunyai potensi untuk diketengahkan maka FGV dilihat akan memperluaskan perniagaan produk hiliran berasaskan pertanian.

Semoga usaha yang dilakukan oleh FGV ini mampu memberika  keuntungan kepada syarikat serta pelabur.


Jumaat, 15 Januari 2016

SELANGOR BAKAL DAPAT MENTERI BESAR DARI DAP #SCS

Nampaknya Selangor bakal menukar landskap politik jika Pakatan masih lagi menjadi kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.


Aziz Bari disebut akan nenjadi Menteri Besar jika Pakatan memenangi pilihanraya akan datang mewakili parti DAP.

DAP kini giat mencari calon dikalangan orang Melayu demi untuk memenuhi tuntutan nafsu untuk memerintah dan beberapa Melayu yang merasakan bahawa mereka hebat pula sedia untuk menjadi wakil atau proksi kepada DAP untuk melaksanakan cita cita tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah orang PAS dan PKR akan hanya duduk diam membiarkan perkara tersebut berlaku?

Kini DAP menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor sama seperti PAS manakala PKR pula kurang daripada itu.

Jadi nampaknya rakyat Selangor akan menurut sahaja apa yang bakal dilakukan oleh wakil dari DAP ini kerana Menteri Besarnya juga akan melakukan perkara sama.

Bagi Sangkakala pula, ianya bagus dan mungkin akan menjadi pengajaran kepada rakyat Selangor dan jangan terkejut aerta tidak mustahil jika Selangor juga akan menjadi seperti Singapura satu masa nanti.



Isnin, 11 Januari 2016

DS WAHID OMAR DILARANG BERI PENJELASAN TPPA #SCS

Penganjur Forum Bantah TPPA enggan bagi ruang kepada Wahid Omar beri penjelasan sebenar

KENYATAAN DATO SRI ABDUL WAHID OMAR BERHUBUNG INSIDEN DI FORUM BANTAH TPPA

Assalam rakan2. Pada hari Sabtu 9 Januari 2016,  saya telah hadir di Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam. Saya mendaftar secara online hari sebelumnya setelah mendapat persetujuan Tok Pa yang turut menghantar beberapa pegawai MITI. Tok Pa berada di Pulau Pinang untuk program penerangan TPPA.

Tujuan kehadiran saya adalah untuk mendengar sendiri isu2 yang dibangkitkan oleh ahli2 panel yang terdiri daripada Saudara Nizam Mahshar, Cikgu Azmi, Prof Gurdial Singh & Pn Chee Yoke Ling sementara moderator adalah Saudara Rizal Jaafar. YABhg Tun Dr Mahathir turut hadir tetapi tidak memberikan ucaptama kerana kurang sihat. Kita doakan agar Tun segera sembuh. Sidang dibuka oleh Saudara Azlan Awang MTEM. Saya sampai jam 8.50am kerana poster sidang menyatakan acara diadakan 9.00am-1.00pm. Setelah sampai barulah saya diberitahu bahawa Majlis dijadualkan hanya bermula 10.00am. Silap saya kerana tidak mendapat pengesahan waktu.

Walaubagaimanapun Majlis hanya bermula 10.30am setelah ketibaan Tun. Pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah kajian kos & manfaat, soalan mengapa perlu tergesa-gesa, rundingan sulit, perlindungan harta intelek, kemungkinan kenaikan kos ubat, kedaulatan negara, perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan & kepentingan Bumiputera. Saya berpendapat banyak kebimbangan atau kegusaran mereka tidak benar.

Sebagai contoh, ada yang menyatakan kedaulatan negara tergadai sehingga Kerajaan negeri akan kehilangan kuasa untuk menetapkan syarat2 penukaran kegunaan tanah, sehingga menghalang negara untuk menetapkan piawaian halal dan sehingga TPPA mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak benar. Antara lain, artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan "Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.". 

Ada juga yang membangkitkan kebimbangan tentang peruntukan mekanisma penyelesaian pertikaian Pelabur-Negara (ISDS mechanism). Sebenarnya mekanisma ISDS melalui tribunal arbitrasi antarabangsa telah lama digunakan. Saya sendiri pernah terlibat ketika menerajui Telekom Malaysia (TM) tahun 2004-2008 dimana TM telah memfailkan kes 'expropriation' terhadap Kerajaan Ghana yang telah melanggar perjanjian dan mengambil alih penguasaan Lembaga Pengarah & pengurusan syarikat Ghana Telecommunications daripada TM setelah pertukaran Kerajaan dimana Presiden Kufour telah menggantikan Presiden Rawlings. Proses arbitrasi tersebut telah mendorong Kerajaan Ghana menyelesaikan pertikaian dan memberi pampasan setimpal kepada TM. Walaupun peruntukan ISDS dalam TPPA ini akan mengikat Kerajaan, tuntutan akan hanya berkuatkuasa setelah proses perundingan selama 6 bulan dijalankan sebelum dirujuk ke tribunal arbitrasi antarabangsa. Ia juga akan memberi perlindungan kepada syarikat2 Malaysia yang kini telah melabur lebih RM600 billion ke luar negara termasuklah dalam negara2 TPP. 

Balik ke prosiding Sidang Kemuncak TPPA, setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa. Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang. Izinkan saya menyentuh 3 perkara iaitu isu Penjajahan, Kos & Manfaat dan isu Rundingan Perjanjian. 

1. Penjajahan : Perjanjian TPPA melibatkan 12 buah negara iaitu 5 dari benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Peru & Chile), 4 dari ASEAN (Malaysia, Singapura, Brunei & Vietnam) dan 3 dari Pasifik (Jepun, Australia & New Zealand). Tiada negara yang dipaksa untuk menyertai TPP. Semuanya termasuk Malaysia menyertai TPP kerana percaya akan manfaat bersama (mutual benefits) yang bakal dinikmati. Malaysia sedar kita merupakan negara kecil dengan penduduk seramai hanya 31 juta dan saiz KDNK (GDP) sekitar USD300 billion. Sebab itulah kita menjuarai penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bermula 31 Disember 2015 yang membolehkan saiz pasaran kita berkembang menjadi 620 juta penduduk & saiz KDNK USD2.5 trillion. Dengan menyertai TPP, saiz pasaran akan lebih meluas lagi dengan jumlah penduduk 800 juta & saiz KDNK USD27.5 trillion iaitu 40% daripada saiz ekonomi dunia.  

2. Kos & Manfaat : Dalam menyertai mana2 blok atau perjanjian perdagangan, memang ada kos dan ada manfaatnya. Selain analisa dalaman, Kerajaan telah meminta Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) untuk melaksanakan Analisa Kepentingan Nasional dan PriceWaterhouse Coopers (PWC) untuk melaksanakan Kajian Kos & Manfaat. ISIS telah membuat kesimpulan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP adalah demi kepentingan negara. Manakala PWC membuat kesimpulan TPPA bakal memberikan manfaat bersih kepada ekonomi Malaysia dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK antara USD107-211 billion dalam jangkamassa 2018-2027 atau peningkatan 0.60%-1.15% pada tahun 2027. Bank Dunia juga dalam lapuran 'Global Economic Prospects January 2016' mereka telah menyentuh tentang potensi implikasi ekonomi makro TPP dalam mukasurat 219-233. Antara lain, Bank Dunia telah menyatakan bahawa Vietnam & Malaysia adalah antara negara TPP yang bakal menikmati manfaat terbanyak dengan peningkatan KDNK masing2 sebanyak 10% dan 8% menjelang tahun 2030. Peningkatan ekonomi yang berterusan akan membolehkan rakyat mendapat peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih baik yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Jadi berdasarkan kajian yang telah dijalankan, adalah jelas bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP lebih mendatangkan manfaat. 

3. Rundingan Perjanjian : Sejak awal lagi Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Malaysia hanya akan menyertai TPP atas terma2 yang boleh kita terima. Saya, DS Ahmad Husni & DS Idris Jala adalah antara menteri2 ekonomi yang telah membantu Tok Pa dalam rundingan TPPA. Penglibatan saya bermula 2 tahun lalu setelah menyertai Kabinet. Memang sukar untuk memuktamadkan perjanjian sebesar ini yang melibatkan negara2 kuasa besar. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan pihak AS memahami kedudukan & keperluan Malaysia. Ini termasuk mengadakan sesi penerangan kepada Wakil Perdagangan AS tentang polisi Bumiputera & peranan syarikat2 berkaitan Kerajaan. Saya percaya Tok Pa & pasukan MITI dengan sokongan lain2 Kementerian & agensi telah membuat yang terbaik mendapatkan terma2 yang perlu untuk memelihara kepentingan negara. Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP. Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal. Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai 12 negara awal TPP, Malaysia akan terpaksa menerima terma2 perjanjian sedia ada kemudian. Kemungkinan ini adalah benar (real) kerana 3 buah negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Thailand & Filipina telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai TPP selepas ini. Akhir sekali, Kerajaan akan membentangkan perjanjian TPP untuk kelulusan Dewan Rakyat pada 26&27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari. Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh Ahli2 Parlimen & akan dijawab oleh Tok Pa pada sesi Parlimen tersebut.

Marilah kita bersikap membina & bersiap sedia untuk memastikan syarikat2 & rakyat kita dapat memanfaatkan TPPA yang bakal kita tandatangani setelah kelulusan Parlimen nanti. Terima kasih. 

Abdul Wahid Omar
10.01.16


Rabu, 6 Januari 2016

ISU #2KERJA !! HANIZA TALHA DAH LAMA MALUKAN NEGARA #SCS


Baru baru ni heboh apabila YB Dato Ahmad Maslan menyarankan supaya buat 2 kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ramai yang menyokong saranan tersebut dan tak kurang juga yang mengecam walaupun Timbalan Menteri Perdagangan itu mengatakan bahawa 2 kerja tersebut adalah kerja sampingan seperti berniaga secara online.

Tapi memang orang Malaysia ni biasa mendengar perkara yang tak berapa jelas dan ini termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida hingga mengatakan Ahmad Maslan memalukan negara.

Dalam Zuraida mengatakan bahawa Ahmad Maslan memalukan negara, pada tahun 2011, Timbalan Ketua Wanita PKR pusat yang juga merupakan adun Taman Medan, pernah mengatakan perkara sama.

Sekarang ni Sangkakala nak tanya pada Zuraida yang sinonim dengan nama Mak Lampir, adakah kenyataan Haniza Talha tidak memalukan negara? Apakah kenyataan tersebut tidak menjadi persoalan dan kutukan serta kritikan puak puak pembangkang?

Kalau kenyataan Ahmad Maslan memalukan, kenyataan Haniza juga memalukan dan ini dilakukan 5 tahun yang lepas.

Peringatan untuk Zuraida, lain kali kalau nak kritik, tengok kiri dan kanan, pastikan rakan sepasukan tak pernah keluar apa apa kenyataan serupa.



Isnin, 4 Januari 2016

ADUN TAMAN MEDAN SENYAP TANGANI BANJIR #SCS

ADUN Taman Medan, Haniza Talha senyap sunyi apabila sekolah kebangsaan Taman Datuk Harun 1 dilanda banjir pada sesi persekolahan petang tadi.



Banjir petang tadi menjadi igauan ngeri kepada anak anak yang baru melangkah masuk ke sekolah.

Persoalannya kini, apa tindakan Haniza selaku wakil rakyat kawasan berkenaan? Menyepi tanpa apa apa tindakan?

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku tambahan pula di waktu persekolahan seperti hari ini.

Tapi nampaknya oleh kerana tidak prihatin dengan masalah rakyat, maka Haniza hanya melihat dari jauh, itu pun kalau melihat.

Ini contoh pemimpin pakatan yang hanya melalak tak tentu kira sedangkan kawasan sendiri tidak terjaga.




Sabtu, 2 Januari 2016

DAP JUAL TANAH !! KENAPA RAFIZI DIAM SERIBU BAHASA?? #SCS

Beriya si Rafizi dengan Tony Pua hentam kes 1MDB yang menjual saham Bandar Malaysia sebanyak 24 peratus kepada pelabur sedangkan 76 peratus lagi masih milikan dalam negara yang mana 51 peratus daripadanya adalah milikan kerajaan negeri dan persekutuan.

Rupanya DAP dalam diam tukar milikan tanah kepada syarikat Singapura dengan nilai berbillion ringgit.


Sebuah syarikat dari Singapura mendapat milikan 100% keatas sebidang tanah seluas 20 ekar di Pulau Pinang dengan nilai RM 30 juta kepada Jabil Circuit Singapore yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Itu pada bulan Mei 2015, pada bulan Julai pula, sekeping tanah berkeluasan 6.8 ekar pula diberikan milikan kepada Temasik dan EDIS iaitu GLC dari Singapura sebanyak 49 peratus dengan nilai RM 11.3 Billion.

Yang 1MDB jual 24 peratus si Rafizi, Tony Pua dan sekutunya kata jual negara. Yang DAP Pulau Pinang jual 100 peratus dan 49 peratus kepada syarikat Singapura tu dikatakan pelaburan?

Untuk makluman, penjualan 24 peratus saham dalam Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada syarikat luar adalah salah satu pelan strategi bagi melunaskan pinjaman yang dilakukan dan hingga kini, 1MDB telah memperolehi lebihan dari keuntungan jualan aset sebanyak RM 4 Billion setelah ditolak pinjaman sebanyak RM 42 Billion.

Jadi disini Sangkakala tak nampak dimana masalah 1MDB kerana aset syarikat berkenaan terbukti melebihi hutang dan adalah mustahil bahawa 1MDB boleh jatuh bankrap dengan keadaan seperti itu.



WANITA PKR PULA DAH JADI BIOL !! INI SEMUA SALAH MAK LAMPIR #SCS

Nampaknya kebodohan Mak Lampir aka Zuraidah yang merupakan ahli parlimen kawasan Ampang jelas kelihatan apabila mengkritik kewujudan MARA Digital di bangunan MARA yang mana ianya diusahakan oleh Melayu dalam perniagaan telefon bimbit.


Sangkakala nak cakap sikit pada Mak Lampir aka Zuraidah dan wanita PKR, kalau ye pun ada kebodohan dalam diri, jangan le tunjuk sangat, simpan sikit untuk macai macai tengok perlahan lahan.

Kewujudan MARA Digital sebenarnya untuk memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dalam pembelian telefon bimbit dan aksesori.

Jadi yang nak kritik beriya sangat ni kenapa? Nak jatuhkan perniagaan Melayu pula ke? Atau sengaja nak bagi persepsi buruk lagi?

Sudah sudah la tu, kerajaan dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia, tapi dengan wujudnya pembangkang yang tak profesional maka apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan diburuk burukkan.


Jumaat, 1 Januari 2016

PENIPUAN DI AWAL TAHUN ADUN TAMAN MEDAN #SCS

Nampaknya kalau tak menipu dan tak memfitnah pakat memang tak senang tidur le puak puak dari Pakatan.

ADUN Taman Medan sendiri pun tak lepas dari jadi kaki penipu dan kaki fitnah.

Tengok poster di bawah..


Selama 3 bulan, kadar harga minyak kenderaan di Malaysia mengalami penurunan dan tak pernah nampak pula Haniza Talha buat banner ucap terima kasih.

Tapi baru mula tahun 2016, dah dikatakan pula bahawa minya mengalami kenaikan.

Bukan ke malam tadi dah diumumkan bahawa minyak kenderaan untuk bulan Januari 2016 juga mengalami penurunan? Jadi dimana kenaikan yang ADUN PKR ni maksudkan?

Yang membuatkan harga minyak diapungkan sekarang adalah atas permintaan daripada pakar strategi PKR juga dan nampaknya bila diapungkan harga minyak, ADUN PKR juga yang meroyan macam kucing hilang anak.

Kalau setakat ini kerja yang dilakukan oleh Haniza, Sangkakala rasa ramai lagi yang mampu untuk buat.

Jadi fikir fikirkanlah ye.



Khamis, 31 Disember 2015

KENYATAAN MEDIA 1MDB TENTANG PENJUALAN SAHAM BANDAR MALAYSIA #SCS #SMSS

Dikeluarkan pada 31 Disember 2015

Bandar Malaysia: Perjanjian Jual Beli Saham untuk Ekuiti 60% Dilaksana Cemerlang

1Malaysia Development Berhad Group ("1MDB") hari ini melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham dengan menjual 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd ("BMSB") kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd ("IWH") dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC. 

IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor. 

Buat masa ini, IWH memiliki sejumlah 4,300 ekar tanah tepi laut yang bernilai tinggi di Iskandar Malaysia.

CREC adalah salah satu daripada firma kejuruteraan dan pembinaan yang terbesar di dunia, dan turut mempunyai perniagaan yang antaranya termasuk industri pengilangan, pembangunan hartanah, sumber asli dan bahan mineral. Ia kini menduduki di tangga 71 dalam Fortune 500 dengan perolehan melebihi US$100 bilion setahun. 

Konsortium IWH-CREC Consortium telah menilai penuh 100% tanah Bandar Malaysia pada RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60% tanah adalah RM7.41 bilion. 1MDB akan menerima deposit 10% atau RM741 juta apabila melaksanakan Perjanjian Jual Beli Saham. Urusniaga ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun 2016.

Perjanjian Jual Beli Saham adalah hasil dari Permintaan untuk Saranan (RFP) yang dilancarkan pada Jun 2015 oleh penasihat urus niaga, CH Williams Talhar & Wong ("WTW"). WTW menerima 40 pernyataan minat daripada pelabur dalam dan luar negara, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia. Empat pembida telah disenarai pendek pada September 2015 dengan dua tawaran akhir, terikat dan diterima pembiayaian pada 9 November 2015.

Perjanjian hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi 1MDB seperti yang dikemukakan kepada Kabinet Malaysia pada 29 Mei 2015, susulan dari perlaksanaan Lembaran Jangka Mengikat dengan IPIC pada Jun 2015 dan Perjanjian Jual Beli Saham dengan Kumpulan CGN pada November 2015.

Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata: "Kami berbesar hati dengan hasil yang muncul dari sebuah proses yang ketat, sangat berdaya saing dan menambah nilai. Malah, ia telah melangkau jangkaan kami. Konsortium ini adalah rakan pembangunan yang amat menarik untuk Bandar Malaysia dan bidaan mereka selaras dengan objektif yang digariskan dalam RFP, iaitu memaksimumkan nilai, terma perdagangan yang boleh pakai dan kepastian dalam perlaksanaan urus niaga. Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki oleh entiti Malaysia, yang mana kira-kira 54%  daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB/MOF Inc dan KPRJ. Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang besar dan bukti kukuh akan kekuatan dan tarikan ekonomi Malaysia dalam meyusun langkah ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi."

Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan IWH:  "Penyertaan IWH dalam urus niaga ini sejajar dengan peranan kami sebagai pemaju induk utama di Malaysia. Keupayaan IWH dalam mempelopori projek sebesar ini telah terbukti dan ia juga berdasarkan falsafah kami untuk bekerja dalam usahasama, kerjasama dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan. Penglibatan IWH dalam projek Bandar Malaysia mewujudkan titik perhubungan yang penting, khususnya mewujudkan pautan yang penting bagi projek Rel Berkelajuan Tinggi dan pembangunan lain yang sedang berjalan di Iskandar Malaysia. Kami berasa bangga kerana dipilih untuk projek ini dan berharap untuk bekerjasama rapat dengan 1MDB/MOF Inc. dalam melaksanakan projek Bandar Malaysia."

Mr Yao Guiqing, Pengurus Besar China Railway Engineering Corporation dan Pengarah  Urusan China Railway Group Limited, berkata: "Penyertaan CREC sebagai rakan kongsi Konsortium adalah berdasarkan keyakinan kami dalam ekonomi Malaysia, kekuatan kepimpinan, perundangan dan peraturan yang berkualiti tinggi dan yang paling utama, ciri-ciri unik Bandar Malaysia yang diilhamkan oleh 1MDB dan sebagai satu projek pembangunan strategik untuk Kerajaan Malaysia. CREC menyifatkan pelaburan kami di Malaysia adalah sebahagian yang penting dalam portfolio global kami. Khususnya, kami memiliki kepakaran global dalam perancangan induk dan pembinaan yang berorientasikan pengangkutan. Kami berharap untuk memindahkan teknologi, berkongsi pengetahuan dan bekerja rapat bersama-sama rakan Malaysia kami dalam merealisasikan pembangunan Bandar Malaysia sebagai destinasi kebanggan yang bertaraf dunia."

Pembangunan Bandar Malaysia menerima Kebenaran Merancang dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Oktober 2015. "Kebenaran bersyarat" yang diberi berdasarkan pelan induk Bandar Malaysia adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05, melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi.

Tapak strategik yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) bakal meletak Bandar Malaysia sebagai gerbang masuk Kuala Lumpur untuk keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menuju ke Singapura dan menjadi hab pengangkutan utama dalam bandar melalui laluan MRT 2 dan 3 serta KTM dan ERL.

Rancangan lanjut oleh pihak kerajaan turut dianjurkan bagi meningkat dan menyediakan jaringan lebuh raya baru dari pusat bandar ke kawasan selatan yang bakal menghubungkan Bandar Malaysia ke kawasan-kawasan lain di "Greater Kuala Lumpur" dengan lancar.

Bandar Malaysia akan menjadi pembangunan bandar bercampur yang dijangka memangkinkan transformasi "Greater Kuala Lumpur". Pelan induk tersebut termasuk rangka tindakan untuk mewujudkan kehidupan di bandar yang berkualiti, menyediakan hab perniagaan global dan perusahaan kreatif, dan menjadi destinasi peruncitan, gaya hidup dan pelancongan yang menarik.

Bandar Malaysia, yang akan dibangunkan dalam tempoh 15-25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion, dibina sebagai mercu tanda antarabangsa Malaysia yang baru apabila siap kelak.

Rabu, 30 Disember 2015

PENDEDAHAN DARI PAS YANG MENGEJUTKAN !!

APA HUBUNGAN DAP DAN ISRAEL?

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat kenyataan media, Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, menyesali kenyataan beliau mengenai sekatan atlet Israel ke Malaysia, sama sekali tidak merungkaikan persoalan apakah hubungan antara DAP dan Israel? Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman, seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

Dakwaan yang dilontarkan oleh Saudara Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Ketiga-tiga dakwaan saudara Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara, sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP. PPP melihat tiada cara lain untuk DAP membersihkan tuduhan-tuduhan ini melainkan mendakwa saudara Mohamed Razali di mahkamah. Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP, sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

29 Disember 2015
17 Rabiulawal 1437



Isnin, 28 Disember 2015

KENYATAAN SEBENAR YB DATO @ahmadmaslan DIPUTAR BELITKAN #SCS

Dibawah ni Sangkakala masukkan print screen apa yang dimaksudkan oleh YB Dato Ahmad Maslan tentang 2 kerja.


Dah faham ke semua??



Khamis, 24 Disember 2015

ZAHARIN MAT YASIN BENGANG KETUA UMNO BAHAGIAN SUBANG BERCUTI

Nampaknya si Pencari tanah wakaf atau Zaharin Mat Yasin ni tak sudah sudah nak cari populariti sampai lupa siapa diri sendiri.


Untuk makluman si Pemburu Tanah Wakaf, Dato' Zein Isma baru lepas melangsungkan perkahwinan pada 19 Disember yang lalu, jadi tak salah rasanya kalau dia bercuti bersama isteri.

Yang nak suruh pergi senyap senyap kenapa? Adakah si Pencari Tanah Wakaf ni akan pergi senyap senyap setelah dapat komisen daripada hasil jualan surat sokongan projek macam yang selalu dia buat? Atau sekarang ni Menteri dah malas nak layan sampai surat sokongan pun dah tak dapat?

Kerana mulut macam ni lah, tanpa usul periksa sampai kena penumbuk di Restoran Nagaz dulu ni, sebab mulut kurang ajar.

Kalau nak cerita panjang, Sangkakala nak tanya, kes raba bontot di Bandar Tun Razak dah selesai? Atau nak Sangkakala dedahkan pempuan pempuan yang dah di angkut ke bilik hotel?

Jaga isteri sendiri baik baik, jangan asyik nak main bowling sepanjang masa.



PUNCA SEBENAR BARANG RUMAH HAMIDAH OSMAN DILELONG

Sangkakala ternampak dalam beberapa postinh dalam facebook yang mengatakan bahawa Dato Hamidah Osman gagal membayar saman dan tindakan menyita serta melelong barangan rumah beliau sedang dijalankan semasa artikel ini ditulis.


Maka keluarlah beberapa poster seperti diatas yang Sangkakala KUTIP dari pengikut tegar Hamidah.

Mereka ni mengatakan bahawa Hamidah kalah saman Khalid Samad ekoran mempertahankan kalimah Allah.

Betul ke cerita ni? Atau sekadar nak menunjukkan betapa suci dan murninya manusia bernama Hamidah?

Yang sebenarnya, Hamidah bukanlah di saman atau dikenakan tindakan kerana mempertahankan kalimah Allah tetapi dia kalah saman menyebarkan gambar 'super impose' Khalid Samad memakai pakaian seorang paderi.

Satu lagi, Hamidah mendakwa bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penyitaan ini oleh peguam beliau yang juga merupakan peguam UMNO.

Disini Sangkakala pulak nak tanya, adalah Hamidah tahu bahawa beliau telah kalah dalam saman yang dikemukakan oleh Khalid Samad?

Takkan tak tau sedangkan kes tersebut dah lama diputuskan.

Biasanya mahkamah akan memberikan satu tempoh masa bagi seseorang itu untuk menjelaskan saman tersebut dan jika tidak dilunaskan maka tindakan menyita hak milik dengan nilai yang sama akan dilakukan.

Agaknya Hamidah sengaja nak tunjuk beliau suci dan kononnya UMNO menganiaya beliau maka nasihat nasihat bangang daripada orang keliling diambil kira dan apa yang berlaku hari ni, lelongan tetap dilakukan oleh mahkamah.


Selasa, 22 Disember 2015

PERPADUAN MELAYU - CINA MAKIN MENIPIS #scs #smss

Oleh Radzi Mustapha

Sebelum kejadian di Low Yat dan kemudian Kotaraya riak-riak kepada kebolehtahanan "perpaduan" Melayu-Cina semakin menipis. Insiden-insiden kecil boleh menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

Anak-anak Melayu semakin nipis telinga dan boleh sahaja turun untuk membantu rakan sebangsa yang "dianiaya". Semangat bertindak bersepadu sudah mula wujud secara kecil-kecilan. Bahayanya mula kelihatan.

Isu di Low Yat dan Kotaraya, kedua-duanya kerana dikatakan sebab ïsu ""menipu". Bangsa Melayu sebenarnya sudah lama tahu tentang "tipu" kaum ini dalam perniagaan. Bidalan Melayu ada menyatakan mengenai kaum ini: "rambut sahaja lurus tetapi ......" Soalannya mengapa sekarang kesedaran itu memuncak-muncak.

Ini tanda-tanda politik perkauman semakin meruncing dan mula menghimpit tahap kesabaran dan perpaduan kaum yang telah diwujud sejak Negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Pemimpin-pemimpin kaum yang  berjiwa besar waktu itu berjaya mewujudkan keadaan aman dan sejahtera rakyat keseluruhannya.

Kerapuhan perpaduan kaum semakin jelas menjelang kejayaan  DAP meraih sokongan majoriti kaum Cina dalam PRU12 dan PRU13. Kejayaan DAP ini sekaligus hampir menguburkan parti politik berasaskan kaum Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan. 

DAP yang mendakwa sebagai parti berbilang kaum, telah memainkan isu perkauman tegar dan mula mempersoalkan Perlembagaan Negara semata-mata untuk menarik sokongan bukan Melayu. Mereka menidakkan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan dan "menggunakan" agen Melayu dalam parti itu menyampaikan hujah-hujah mereka sehinghgakan bukan Melayu bertambah  "ÿakin" dengan "the so call" perjuangan DAP.

Sambungan next posting........insyaAllah.


GILIRAN HANIZA TALHA PULA KENCING RAKYAT SELANGOR @NohOmar #smss #scs

Memang bukan kali ni sahaja ADUN Taman Medan ni kencing rakyat di Selangor terutamanya kawasan Taman Medan, sejak dari dulu lagi agaknya itu le rutin beliau.

Cubaan mempertahan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan projek menaik taraf pintu gerbang hingga menelan belanja hampir 10 juta ringgit nampaknya amat daif.


Haniza mengatakan bahawa perbelanjaan menaik taraf pintu gerbang tersebut adalah melalui sumbangan dari orang ramai dan semua penyumbang akan di letakkan nama mereka di pintu gerbang tersebut.

Sangkakala nak tanya sikit, pembinaan pintu gerbang tu dulu dibuat semasa pemerintahan Barisan Nasional, maknanya Barisan Nasional adalah penyumbang terbesar dalam perlaksanaan projek berkenaan dan adalah kerajaan negeri Selangor akan meletakkan nama Barisan Nasional disitu?

Soalan kedua, setiap projek pembangunan di Selangor yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini tak pula Sangkakala nampak atau dengar ianya disebut oleh ADUN ADUN kerajaan pakatan di Selangor bahkan ianya ditutup rapi dan kalau boleh buktinya pun dihilangkan.

Jadi alasan begini tak perlu nak sebut la.

Chegu Bard baru baru ni mendedahkan bahawa projek menaik taraf pintu gerbang tersebut dibuat tanpa melalui tender kerana ianya dipersetujui oleh Dewan Undangan Negeri dan apa yang menarik hati Sangkalala, Chegu Bard ada menyebut bahawa GST juga diluluskan oleh Parlimen tetapi kenapa pemimpin Pakatan di seluruh negara menyalak?


Isnin, 21 Disember 2015

MASIH ADA YANG TAK FAHAM STATUS PAJAKAN TANAH OLEH FGV #supportfgv

Lagi satu kontroversi telah dikeluarkan oleh puak puak pembangkang kononnya tanah seluas 105,382 hektar yang dipajak oleh Felda Global Ventures bakal lesap.

Persoalannya disini, mereka ni faham atau tidak istilah pajak? Kalau tak faham rasanya elok kalau pegi sekolah dan belajar balik kemudian baru buat komentar.

Bagaimana status tanah yang dipajak boleh hilang? Sedangkan tanah tersebut usah kata untuk dijual, malah untuk dijadikan cagaran bagi pinjaman sahaja tidak dibenarkan dan rasanya tidak ada mana mana institusi kewangan yang akan memberikan pinjaman ke atas tanah yang statusnya adalah pajakan.

Untuk makluman, tanah yang dipajak oleh FGV dari Felda adalah untuk diusahakan dan tuduhan bahawa tanah ini boleh dijual adalah amat tidak munasabah dan jika difikirkan dengan akal yang waras, rasanya tidak akan ada sesiapa yang mahu membeli tanah pajakan kerana setiap pajakan akan ada tarikh luput dan kemudian akan disambung semula mengikut persetujuan kedua dua belah pihak.

Berkenaan dengan status Bumiputera FGV pula, setiap syarikat yang didaftarkan perlu mempunyai pegangan saham pemilik syarikat dan dari apa yang disebut oleh pihak yang menuduh FGV bahawa syarikat tersebut tidak dapat dipastikan status bumiputeranya adalah amat jumud dan menunjukkan betapa tidak cerdiknya mereka.

Kalau nak dikirakan kepada saham yang diniagakan di bursa saham pula ianya adalah dagangan saham yang tidak melibatkan harta dan pemegang saham di bursa saham pula bukanlah bersifat kekal atau dalam kata lain, mereka ini bukan pemilik, mereka ini cuma disebut sebagai perkongsian saham.

Sudah sudah lah nak memburukkan syarikat yang mampu untuk memberikan kelebihan serta daya saing di peringkat global, takde keuntungan pun.

Kepada mereka mereka yang berada dalam politik sebelah pembangkang pula, jelas sudah kini kejayaan FGV dalam memberikan kekuatan kepada peneroka dan pelabur, jika tidak, masakan mereka ini beriya iya sangat menyerang FGV kalau tidak jelas kejayaannya.

Nak kata mereka ini peduli tentang rakyat? Sangkakala tak nampak mana mana lagi kepedulian mereka membantu rakyat dan apa yang jelas, mereka ini hanyalah prang orang yang menimbulkan persepsi negatif dengan harapan akan ada yang termakan dan segala usaha mereka untuk memburukkan FGV akan berhasil.

Bagi Sangkakala, selagi FGV mampu untuk memberikan dividen kepada pelabur, tidak timbul apa apa masalah, kecuali dividen pelabur sudah tidak mampu lagi dibayar.



Jumaat, 18 Disember 2015

TIGA ANAK SYARIKAT FGV PULA JADI MANGSA FITNAH #supportfgv

Selama ni syarikat Felda Global Ventures atau FGV seringkali difitnah oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab hanya semata mata untuk menjatuhkan reputasi syarikat berkenaan dan ianya dilihat tidak berjaya apabila FGV terus berdiri dengan memberikan pulangan kepada pelabur.

Kini anak anak syarikat milik FGV pula jadi bahan fitnah mereka yang dilihat terus terusan bertekad untuk melakukan serangan.

Baru baru ini satu surat yang menunjukkan bahawa pekerja bagi tiga buah syarikat milikan FGV dikatakan tidak boleh menggunakan kad MediEkspres untuk menjalani pemeriksaan di klinik disebarkan secara meluas di laman media sosial.

Namun begitu pihak FGV telah tampil menafikan perkara berkenaan dan ini disahkan oleh pihak Kementerian Kesiahatan Malaysia bahawa pekerja ketiga tiga anak syarikat berkenaan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kad MediEkspres mereka.


Jelas disini menunjukkan bahawa ada pihak sengaja untuk mengelirukan rakyat khususnya pelabur pelabur FGV dengan memberikan persepsi negatif yang membayangkan bahawa FGV sudah tidak mampu membayar insuran pekerja sehingga kad MediEkpress mereka tidak lagi dapat digunakan sedangkan ianya tidak sebegitu.

Harap kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab dan biadap ini menggunakan kaedah lain untuk menjalankan rencana mereka dalam usaha untuk menjatuhkan syarikat FGV.

FGV selama ini masih memberikan bonus kepada pelabur dan penurunan serta peningkatan harga saham adalah normal dalam bidang pelaburan dan kalau semua saham asyik meningkat tanpa penurunan, Sangkakala yakin bahawa semua penduduk dunia akan menjadi pemain saham.

Satu lagi pesanan Sangkakala kepada mereka mereka yang tidak mempunyai walau satu unit saham dalam FGV tak perlu nak memekik melolong macam serigala nampak bulan sedangkan orang yang memiliki saham terus membuat keuntungan dalam urusniaga.



Khamis, 17 Disember 2015

HEBAT @AzminAli !! BUKA SPA TEBANG BALAK #smss

Hebat sungguh si Azmin Ali mentadbir kerajaan Selangor hinggakan syarikat Spa pun boleh diberikan konsesi mengeluarkan balak dari Selangor.

Chegu Bard yang mewakili SAMM telah membongkar cerita ini walaupun sama sama dalam PKR satu masa dulu sehinggalah Chegu Bard ditendang keluar dari parti berkenaan.


Bukan sedikit nilai balak yang diperolehi oleh syarikat SPA ni, kalau nak diikutkan daripada dakwaan Chegu Bard, ianya mencecah RM 45 juta.

Apa yang dipersoalkan disini ialah, apa kepentingan sehingga syarikat SPA berkenaan diberikan konsesi balak di Selangor sedangkan syarikat tersebut dikatakan salah satunya dari negeri Melaka.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu dimaklumkan tentang perkara ini untuk melihat sama ada salah guna kuasa berlaku dalam urusan berkenaan.

Nampaknya Selangor makin dilanda masalah dengan kehadiran kerajaan Pakatan sebagai kerajaan yang memerintah.

CHEGU BARD DAKWA @AzminAli GUNA KUASA #smss

Heboh di media sosial apabila Chegu Bard yang merupakan bekas ahli PKR menghentam kepimpinan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Chegu Bard mengatakan bahawa beberapa projek yang dijalankan oleh Azmin Ali di Selangor tidak mengikut prosedur biasa dan kos bagi melaksanakan projek projek tersebut juga adalah tidak munasabah.


Bukan itu sahaja, Chegu Bard juga mempertikai bagaimana Azmin menggunakan duit zakat yang kononnya dikeluarkan oleh syarikat DEIG sedangkan Azmin sendiri menyatakan bahawa syarikat berkenaan masih belum beroperasi.

Chegu Bard juga mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi mampu untuk memberikan zakat.

Kita tunggu apa jawapan Azmin Ali dalam perkara ni. Adakah beliau akan terus mendiamkan diri atau akan menjawab pertuduhan yang dilakukan oleh Chegu Bard dan jangan pula nanti kita dengar yang Chegu Bard ni orang UMNO pulak.