Rabu, 1 Februari 2017

ISU BEG PLASTIK DI SELANGOR !! DIMANA KPDNKK ?? @NajibRazak @NohOmar

Nampaknya isu plastik beg di Selangor takkan ada pengakhirannya dan semakin lama semakin meruncing dimana rakyat Selangor yang pergi membeli belah dipaksa untuk membeli plastik beg atau terpaksa mengangkut sendiri barang ke kenderaan masing masing.

Ramai dikalangan penduduk atau lebih tepat lagi rakyat Selangor yang rata rata merasa terbeban dengan saranan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan negeri yang menetapkan bahawa plastik beg akan dijual dengan harga RM 0.20 sehelai.

Seperti yang kita semua maklum, kerajaan Selangor memang sudah terkenal dengan sikap membebankan rakyat melalui perkara perkara remeh.

Ada pula penyokong kerajaan Selangor hari ini mengatakan bahawa kerajaan Selangor mengikut jejak langkah kerajaan Melaka yang menghapuskan penggunaan plastik beg di semua premis perniagaan.

Isunya disini, kerajaan Melaka menghapuskan secara total penggunaan beg plastik berbanding dengan kerajaan Selangor yang menjadikan plastik beg ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga.

Bagi Sangkakala pula, ada satu perkara lagi yang perlu dilihat diluar kotak pemikiran iaitu, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK di seluruh negara.

Tugas tugas yang perlu dijalankan oleh KPDNKK ini salah satunya ialah mempertahankan hak pengguna daripada dimanipulasi oleh peniaga.

Sebagai contoh, akta pencatutan harga telah dipekenalkan oleh KPDNKK untuk mengelakkan pengambilan untung secara berlebihan oleh peniaga seterusnya membebankan pengguna.

Dalam isu beg plastik ini, Sangkakala melihat pihak KPDNKK membisu seribu bahasa seolah olah membiarkan peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menjual beg beg plastik ini denga harga yang tidak berpatutan.

Harga sekeping beg plastik (saiz besar) dalam lingkungan RM 0.03 manakala ianya dijual dengan harga RM 0.20.

Bukankah itu secara jelas dan terang terangan mengambil keuntungan secara berlebihan dan ini adalah salah dibawah akta pencatutan barangan.

Jadi disini sepatutnya pihak KPDNKK mengambil langkah langkah bijak bagi menangani perkara tersebut dan janga dibiarkan pengguna terus dibebani dengan kos beg plastik yang bukan bukan.



Tiada ulasan: