Sabtu, 2 Julai 2016

TITAH SULTAN PECAT NAZIR !! MASJID BUKAN TEMPAT BERPOLITIK @NajibRazak @nohomar #scs14

Baru baru ni kecoh pasal sebuah masjid membenarkan ahli parlimen bukan Islam fi Selayang masuk ke dalam ruangan solat.

Hari ini dikhabarkan bahawa Sultan Selangor bertitah supaya nazir berkenaan dipecat serta digantikan dengan orang lain.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor memang pernah mengeluarkan titah kepada kerajaan negeri sebelum ini bahawa masjid di Selangor tidak dibenarkan untuk diguna sebagai tempat berpolitik apatah lagi jika seorang yang bukan Islam masuk hingga ke ruangan solat.

Tapi nampaknya titah Sultan Selangor ini diambil ringan oleh wakil rakyat di Selangor.

Walaupun Barisan Nasional mempunyai wakil rakyat bukan Islam, namun institusi masjid tidak pernah digunakan untuk berpolitik begitu juga dengan wakil rakyat beragama Islam dari UMNO.

Namun bukan itu sahaja, jika kita lihat kembali, akhbar Selangor Kini yang berbaur politik juga diedarkan di masjid masjid seluruh negeri Selangor.

Walaupun ianya adalah akhbar kerajaan negeri yang kononnya untuk memberi makluman kepada rakyat tentang program kerajaan negeri, hampir 70 peratus isi kandungan dalam akhbar berkenaan berunsur politik dan ini juga perlu di beri penekanan.

Mungkin hukuman keatas Nazir berkenaan dijadikan iktibar kepada masjid masjid lain bahawa Sultan Selangor memandang serius perkara ini.


DAULAT TUANKU.



Tiada ulasan: