Sabtu, 16 Julai 2016

KERAJAAN KUCAR KACIR !! RAKYAT MARHAIN JADI MANGSA KEADAAN @NajibRazak @nohomar #scs14

Apabila sesebuah kerajaan hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan habuan masing masing, maka yang akan menjadi mangsa ialah rakyat.



Kerajaan Selangor memang bermasalah sejak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dari Barisan Nasional dengan isu isu dalaman parti yang tidak berkesudahan.

Langkah Kajang menjadi saksi kepada terbiarnya rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di Perumahan PPR.

Sebagai contoh, gambar yang Sangkakala masukkan diatas, penghuni PPR Lembah Subang mengalami permasaalahan apabila lif mereka mengalami kerosakan lebih 4 bulan lalu.

Seperti kata pengadu melalui laman facebook, pihak MBPJ tidak mahu membaiki lif berkenaan kononnya ramai dikalangan penghuni tidak membayar sewa.

Apa yang dikesalkan oleh pengadu ialah, bagaimana dengan mereka yang membuat bayaran setiap bulan? Adakah mereka juga perlu dilibatkan sama?

Sepatutnya kerajaan Selangor yang selama ini mengalunkan slogan negeri BERKEBAJIKAN memberikan perhatian terhadap mereka kerana mereka ini dikalangan rakyat termiskin atau lebih tepat disebut sebagai MISKIN BANDAR.

Jadi dimana yang dikatakan negeri BERKEBAJIKAN oleh kerajaan Selangor sedangkan rakyat yang sepatutnya mendapat kebajikan dari kerajaan negeri dibiarkan begitu sahaja dalam masalah.

Tapi bagi Sangkakala, ini adalah hadiah rakyat Selangor yang memberikan kepercayaan kepada Pakatan untuk mentadbir negeri.




Tiada ulasan: