Khamis, 14 Julai 2016

RAKYAT DAH LUPAKAN AZMIN ALI ?? APA SUDAH JADI ?? @NajibRazak @NohOmar #scs14

Kisah skandal banglow milik Lim Guan Eng yang dibeli dengan harga murah dari harga pasaran dan kes Nga Kor Ming yang menghina perayaan Aidilfitri jelas membuatkan rakyat terlupa tentang Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang meletakkan aset kerajaan Selangor di bawah DEIG.


Apakah rakyat Selangor sudah mula melupakan kes yang dibongkarkan oleh salah seorang ADUN Pakatan dalam sidang DUN Selangor yang meminta supaya Darul Ehsan Investment Group dikaji semula.

Azmin mungkin merasa lega apabila kes DEIG tidak lagi diperkatakan oleh rakyat tapi perlu diingatkan bahawa kewujudan DEIG masih ada sehingga kini dan harta harta milik kerajaan negeri yang terkumpul semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dulu masih lagi dipegang oleh syarikat swasta berkenaan.

Dengan berlakunya kes Guan Eng sehingga ditahan oleh pihak SPRM dan kes Nga Kor Ming hingga membuatkan pemuda UMNO bangkit menunjukkan tanda protes maka Azmin Ali menikus menyenyapkan diri dari mengeluarkan apa juga kenyataan mungkin kerana takut tembelangnya pula pecah.

Rakyat Selangor khususnya perlu mengambil tahu perkara ini kerana harta kerajaan negeri tersebut adalah milik rakyat Selangor dan jika ianya berada di tangan orang yang tidak diketahui statusnya maka satu keadaan yang merbahaya telah pun timbul.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ianya merbahaya? Cuba bayangkan jika pemilik syarikat DEIG melarikan diri, maka kesemua harta berkenaan tidak dapat dituntut berikutan dari kenyataan Azmin sendiri yang mengatakan bahawa DEIG tidak boleh diaudit oleh jawatankuasa kira kira wang awam atau PAC negeri Selangor.

Ini disebabkan bahawa DEIG adalah syarikat swasta yang tidak terlibat dengan kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak ada apa apa kuasa untuk meminta DEIG mengemukakan audit tahunan kepada kerajaan negeri.

Apa akan jadi kalau dua orang ahli lembaga pengarah DEIG ini melarikan diri? Sudah pasti harta ini juga akan hangus begitu sahaja.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bangkit untuk menuntut agar DEIG melepaskan harta kerajaan negeri tersebut dan diserahkan semula kepada kerajaan negeri Selangor untuk diuruskan.



Tiada ulasan: