Jumaat, 1 Julai 2016

DAULAT MELAYU JADI.MAINAN !! GUAN ENG TERIMA PADAH @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs14

Bukan niat Sangkakala nak tulis artikel yang menjurus ke arah perkauman, tapi nampaknya memang kebenaran itu berlaku kini didepan mata.

Masih ingat lagi tentang seorang lelaki Melayu melutut agar harga rumah kediaman di Pulau Pinang diturunkan kepada RM 175 ribu?


Tiada langsung diendah permintaan daripada lelaki Melayu ini walaupun dia melutut memohon agar rumah kediaman diturunkan bagi membolehkan orang Melayu memiliki rumah di Pulau Pinang.

Semalam pula Guan Eng ditangkap atas dakwaan membeli kediaman dengan harga jauh lebih rendah dari nilai pasaran daripada seorang ahli perniagaan.

Memang ada diantara pengikut tegar DAP yang mengatakan bahawa adalah tidak menjadi kesalahan Guan Eng membeli kediaman berkenaan dengan harga yang murah dan kenyataan ini memang ada kebenarannya.

Namun mungkin mereka terlupa bahawa jika Guan Eng membeli kediaman berkenaan tanpa imbuhan apa apa yang diberikan kepada pemilik asal memang tidak menjadi masalah dan yang timbul masalah kini ialah pemilik asal kediaman tersebut dapat membeli tanah di Pulau Pinang untuk dimajukan dengan harga yang rendah.

Jadi disini bagaimana hendak dikatakan bahawa tiada unsur unsur penyalah gunaan kuasa sebagai Ketua Menteri oleh Lim Guan Eng?

Berbalik kepada cerita asal, mungkin lelaki yang melutut dihadapan bangunan KOMTAR satu masa dulu benar benar mahu memiliki kediaman dan semalam Guan Eng telah menerima habuan daripada apa yang dilakukannya.



1 ulasan:

AZLAN SAPRI berkata...

BaGussssss!!!!!