Satu ketika dulu semasa kali pertama mendapat jawatan Menteri Besar, isu sampah kononnya akan diselesaikan dengan seberapa segera dan ianya takkan berulang.
Itulah janji janji yang dibuat oleh Azmin Ali selepas berjaya merampas takhta politik di Selangor menggantikan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar ketika itu.
Namun hari ini jelas, apa yang disebut hanya tinggal sebutan dan ianya terus berlaku tanpa kesudahan.
Hari ini, ADUN Semenyih pula mengeluh apabila kerajaan negeri melalui PBT gagal untuk memastikan kebersihan di kawasan kediaman dan janji janji yang dibuat oleh pihak PBT serta ahli majlis dari Pakatan tidak seperti yang dijanjikan.
Agaknya sampai bila perkara ini akan berlanjutan? Bukankah Azmin pernah berjanji bahawa masalah ini akan selesai dengan sebaik mungkin apabila beliau menjadi Menteris Besar dan pernaj satu ketika semasa baru menjawat jawatan tersebut, Azmin sendiri sampai turun ke parit kononnya untuk membersihkan kawasan.
Kini semuanya hanya tinggal janji dan yang menanggung semua masalah adalah rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan