Rabu, 11 November 2015

DATUK KERAMAT !! DBKL PILIH PEMAJU TIADA PENGALAMAN !! APA DAH JADI @najibrazak @tengkuadnanreal #batulesung

Kisah yang berlaku di Keramat nampaknya semakin sedap untuk dijadikan bahan penulisan apabila semakin disiasat semakin banyak yang terbongkar.

Ada beberapa perkara yang Sangkakala nak ambil kira tentang untuk menjadi pemaju kepada tanah seluas 1.82 ekar yang penduduknya adalah dikalangan orang Melayu tetapi apabila dilakukan pembinaan penempatan semula, maka ianya tidak lagi seperti syarat tebus guna tanah seperti yang dipersyaratkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Era Ecoland SDN BHD yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan November 2014 iaitu beberapa hari selepas tanah dikawasan tersebut diserahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan kos rendah dan sederhana milikan bumiputera.

Mengikut sumber yang Sangkakala terima apabila membuat beberapa risikan, salah seorang daripada pemegang saham syarikat berkenaan hanya berumur 29 tahun (melayu) dan seorang lagi berumur 53 tahun (cina).

Persoalannya disini, kenapa syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan baru sahaja ditubuhkan telah diberikan peluang untuk menjadi pemaju kepada tanah berkenaan? Atau adakah syarikat ini diwujudkan setelah melihat bahawa ada keuntungan besar yang bakal dimiliki dan kedua dua penama dalam Syarikat berkenaan hanyalah proksi kepada pihak pihak tertentu?

Modal berbayar syarikat ini pula bernilai RM 1juta dan Sangkalala tak terkejut dengan perkara perkara seperti ini kerana, untuk mendapatkan nilai modal berbayar, setiausaha syarikat perlu menyediakan beberapa dokumen tanpa perlu menyediakan wang modal seperti yang dinyatakan.

Perkara seperti ini tidak boleh diambil ringan memandangkan ianya adalah kawasan penempatan orang Melayu dan untuk makluman, pada awalnya pemaju dikatakan hendak membina kediaman berupa 2 blok bangunan yang setiap satunya mempunyai 274 unit dengan harga terbuka dan tiada langsung quota bumiputera diberikan hinggalah kejadian dimana penduduk Keramat telah keluar mengadakan himpunan maka barulah quota bumiputera sebanyak 50 peratus diwujudkan.

Harga kediaman berkenaan juga bernilai diantara RM 800 ribu hingga ke RM 2 juta dan sudah pasti ianya tidak akan mampu untuk dimiliki oleh orang Melayu khususnya anak muda disekitar kawasan berkenaan dan akhirnya kawasan ini akan menjadi kediaman orang dari luar kawasan dan bagaimana pula kebajikan anak anak Keramat itu sendiri?

Nanti Sangkakala akan bongkarkan lagi kisah tanah dikawasan Keramat ni dan insyaallah selepas ni siapa menjadi pemikir dan penasihat untuk menjayakan projek yang menjahanamkan tanah kerajaan ni pula akan Sangkakala keluarkan, tunggu masa itu pasti akan sampai.



Tiada ulasan: