Selasa, 4 Ogos 2015

AHLI UMNO PERLU BERSATU UNTUK MENJAGA KEDUDUKAN ORANG MELAYU @razaliibrahim


HULU IJOK - Ahli Umno perlu bersatu-padu untuk terus menjaga kedudukan orang Melayu dan agama Islam di samping meneruskan kesinambungan parti pada masa depan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata setiap ahli tidak boleh sewenang-wenangnya mendengar khabar angin yang boleh memecahbelahkan Umno.

"Jangan ada orang Umno yang cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kita kerana apa yang kita buat ini adalah untuk kukuhkan kerajaan dan parti.

"Bila Umno pecah, Melayu menjadi lemah kerana Umno ditubuhkan disebabkan oleh orang-orang Melayu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Larut 2015 di sini hari ini.

Razali turut mengulas rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, yang mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat mahupun anggota parti.

"Hakikatnya bohong orang yang tiada perasaan sahaja yang tidak marah. Orang yang mahu tengok Umno terus bercakaran sahaja tidak marah, tidak sedih, namun keputusan yang dibuat adalah kuasa perdana menteri, tidak ada masalah bagi saya.

"Kita harus bijak mengawal emosi kita mengenai isu tersebut kerana ini bukanlah perkara yang dapat kita bawa ke hadapan. Jangan kita marah sampai kita bakar segalanya,"

Razali, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata jangan wujud prasangka buruk dengan keputusan perdana menteri, dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan mendatangkan hasil pada masa akan datang. 

-Sumber:- SINAR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak ada masaalah, kami ahli UMNO boleh bersatu, tetapi dgn satu syarat : TUKAR PM yg ada sekarang !!