Sabtu, 2 Mac 2013

BN BAKAL MENANG BESAR DI PERAK

Percaturan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri untuk meletakkan calon calon Barisan Nasional di seluruh negara di lihat dapat memberikan impak positif kepada BN.

Negeri Perak khususnya akan menang besar dalam pilihanraya umum yang akan datang sekiranya semua jentera berkerja keras didalam memenangkan parti dan ianya perlulah satu bentuk hubungan kerjasama diantara parti parti komponen.

Barisan Nasional selama ini yang sememangnya mengamalkan sikap kerjasama dalam usaha memenangkan parti dan ini menjadi kekuatan yang ampuh seumpama satu tembok yang hanya menerima tamparan kecil ketika perang.

Dengan pertelingkahan dan pelbagai isu yang melibatkan pembangkang, kini dilihat rakyat rata ratanya sudah kembali menyedari bahawa tiada kepimpinan dalam parti lain yang mampu untuk membela nasib rakyat dan telah terbukti juga dengan tranformasi politik yang dilakukan oleh Perdana Menteri jelas telah membuatkan rakyat cukup berpuas hati.

Dengan pemberian BR1M sebanyak 2 kali dan dijanjikan akan berterusan juga jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan ianya telah dilakukan sejak dari mula kerajaan Barisan Nasional menjadi pemerintah, cuma ianya tidak di dedahkan dan rakyat telah menerima segala kebajikan ini tanpa disedari.

Pelbagai insentif dalam bentuk subsidi di berikan kepada rakyat.

Jadi disini Sangkakala merasakan bahawa kerajaan ini tidak perlu ditukar ganti dengan kerajaan lain memandangkan dari pengalaman mentadbir sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan hinggalah kepada kemajuan yang ada pada hari ini, Barisan Nasional jelas memiliki kelebihan daripada parti pembangkang.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: