Selasa, 26 Mac 2013

#lahaddatu PENGORBANAN MEREKA TERLALU BESAR

Semua manusia akan bersa duka apabila ditinggalkan oleh orang yang tersayang, begitu juga jika kehilangan sahabat handai dan rakan seperjuangan yang gugur ketika menjalankan tugas demi ibu pertiwi yang tercinta.

Itulah yang dilalui oleh oleh mereka yang kehilangan orang yang dikasihi dalam opss daulat di Lahad Datu Sabah, kesedihan tidak dapat disembunyikan lagi walau sekuat mana mata mengempang air dari menitis kebumi.

Air mata yang jatuh tidak dapat disamakan dengan setitis darah yang gugur kebumi, dan itulah yang dilalui oleh mereka yang ditinggalkan oleh para syuhada ini.


Adakah anak kecil ini tahu bahawa ayahnya seorang wira hebat yang gugur mempertahankan bumi bertuah ini demi untuk seluruh warganya? Mungkin si kecil ini bertanya untuk apa dan apa barang yang diserahkan kepada ibunya dan dimana ayahnya kini.

Anak kecil ini juga perlu diberitahu bahawa ayahnya adalah seorang pejuang yang cukup berani apabila dia besar nanti, dan semoga dia akan merasa bangga dengan kematian ayahnya demi ibu pertiwi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami dan dirasai oleh mereka mereka ini yang ditinggalkan serta kehilangan orang yang tersayang, budi dan jasa mereka tidak dapat dilupakan dan seharusnya diberi penghormatan oleh seluruh rakyat Malaysia dan ketabahan mereka yang ditinggalkan ini pula tidak mampu dibalas dengan segala apa yang ada.

Walaupun gagah pada zahirnya, namun kesedihan tidak dapat ditahan dan empangan air mata sudah pasti pecah walaupun ianya sekuat besi waja yang dipatri rapat.

Ucapan terima kasih sahaja yang mampu diberikan diatas budi dan jasa yang mereka curahkan dan itulah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota anggota keselamatan tanah air dan hari polis ke 206 pada tahun ini sudah pasti menjadi sejarah yang amat besar terhadap negara bila beberapa orang anggota keselamatan terkorban dalam menentang pengganas di Lahad Datu.

klik gambar untuk video

Sejuta ucapan terima kasih kita berikan, namun masih ada rakyat yang mengaku sebagai rakyat Malaysia yang menidakkan perjuangan para pejuang di Lahad Datu, tidakkah dihati mereka mempunyai sedikit rasa tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini?

Dengan mengatakan bahawa kematian dan pengorbanan mereka (pejuang) seperti sesuatu yang sia sia, rasanya lebih baik jika mereka ini di halau keluar dan dibiarkan untuk menetap ke negara lain mengikut pilihan mereka daripada mengganggu perjalan negara yang harmoni dan aman sejahtera.

Pembangkang dilihat seperti tidak langsung memperdulikan apa yang dilakukan oleh kerajaan bahkan mereka mengatakan bahawa ini semua adalah perkara yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional, adalah mustahil bagi orang yang berfikiran waras berfikir sejauh itu.

Pembangkang harus dihukum kali ini, jangan diberi mereka peluang walaupun sehari untuk memerintah kerana jika mereka ini diberi peluang walaupun satu jam untuk menjadi pemerintah, maka sudah pasti sesuatu yang dahsyat akan mereka lakukan dan negara ini sudah pasti akan hancur dalam sekelip mata.