Hari yang kita nantikan akan sampai dalam beberapa detik nanti.
Namun, banyak isu timbul ekoran pencerobohan Sabah belum terjelas.
Serangan tentera Kesultanan Sulu adalah pada mulanya dilihat sebagai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) - maka dengan itu PDRM dipertanggungjawabkan pada peringkat awal. Rakyat keliru mengapa ATM tidak terlibat lebih awal.
Setelah disedari bahawa ia adalah isu PENCEROBOHAN Pengganas Sultan Sulu, maka ianya di bawah bidang kuasa ATM. ATM tidak boleh langgar 'Standard Of Procedure' (SOP) yg ditetapkan dalam mempertahankan hal keselamatan dalam negeri.
Pengakuan Kiram III bahawa ratusan ribu rakyatnya menetap di Sabah adalah tidak benar kerana kebanyakan PATI kini sudah bertaraf Warganegara Malaysia setidak-tidaknya bertaraf Penduduk Mastautin. Mereka secara majoriti kini telah bersumpah-setia menyokong Kerajaan Persekutuan Malaysia kerana akhirnya dapat keluar dari sengsara miskin tegar di bawah Sulu, Filipina. Buktinya, puluh ribuan sertai pelbagai program Rakyat semasa kedatangan PM / TPM / Tun Mahathir ke Sabah tempohari.
Kiram III tuduh PDRM mulakan serangan dahulu sedangkan PDRM telah memberikan peluang untuk berunding dan menyerah diri sejak minggu kedua bulan Mac 2013. Dalam hal ini juga, Penceroboh Sulu lengkap dengan senjata api dan jelas berniat untuk berperang.
Kerajaan Filipina di bawah Presiden Aquino sendiri mengutuk malah tidak mengiktiraf tindakan keluarga Kiram. Serangan Malaysia juga ke atas mereka disokong (memudahkan kerja mereka). Beliau mengaku bahawa kaum Sulu adalah miskin dan tidak mampu untuk menceroboh dengan kelengkapan senjata yang begitu canggih.
Pencerobohan itu diyakini ditaja oleh pihak tertentu.
Kesultanan Sulu tidak diiktiraf malah terlalu ramai yang mengaku mereka adalah pewaris Sultan Sulu sebenar.
Antara teraniaya adalah yang tertipu dikurnia 'Datuk' dari Sulu yg mungkin menjadi penyokong tegar dan pembiaya sara-hidup Kesultanan Sulu.
Kesultanan Sulu di bawah Kiram sama sekali tidak boleh tuntut sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan International Court of Justice (IJC) kerana tuntutan perlu dibuat oleh kerajaan sesebuah negara ke atas kerajaan negara yg lain seperti Kes Pulau Batu Putih antara Malaysia-Singapura. Dalam hal ini Presiden Aquino pasti tidak setuju membantu.
Rakyat perlu mengangkat jasa ATM-PDRM, rakyat perlu yakin akan keselamatan Sabah khususnya dan Malaysia amnya dapat dikawal baik dan setiap kali ada pencerobohan dan pengkhianatan dalaman sejak 1957.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan