Selasa, 26 Mac 2013

#lahaddatu @NajibRazak LETAKKAN HARAPAN TINGGI PADA PASUKAN KESELAMATAN

Daripada genggaman erat tangan yang kita lihat dalam gambar diatas, jelas kita lihat bahawa Perdana Menteri memberikan harapan yang tinggi terhadap pasukan keselamatan.

Tapi adakah pemimpin pembangkang melakukan perkara sama? Paling tidak pun menghargai mereka yang berjuang di barisan hadapan?

Pembangkang hanya dilihat mengkritik dan memberikan kata kata yang agak kurang menyenangkan kepada pasukan keselamatan.

Seperti yang dilakukan oleh YB Tian Chua yang mana mengatakan bahawa pejuang yang mati diperbatasan selama memerangi pengganas sebagai mati katak.

Adakah ini pemimpin yang perlu kita angkat sebagai pemimpin negara? Adakah kematian bagi mereka adalah perkara biasa?

Adakah walau seorang pun daripada mereka yang pergi berjumpa atau melawat mangsa serta menziarah mereka yang terkorban atau ahli keluarga mereka yang berada didalam keadaan duka?

Memang benar ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim ada pergi menziarah salah seorang pejuang yang terkorban, namun mana pegi yang lain lain?

Adakah mereka tidak menghiraukan perjuangan tetapi mereka ini lebih memilih kepada politik tanpa menghiraukan keadaan keselamatan negara?

Sangkakala ada pergi ke satu ceramah yang dihadiri oleh Anwar ibrahim, tidak ada sesiapa pun diantara pemimpin yang berucap termasuklah Anwar ibrahim sendiri meminta mereka yang hadir untuk membacakan Al-Fatihah kepada pejuang yang gugur.

Ini dilihat sebagai satu perkara yang amat mendukacitakan, kerana sebagai seorang pemimpin Melayu dan Islam, sepatutnya mereka meminta para hadirin yang sebegitu ramai untuk menyedekahkan apa apa juga ayat Al-Quran bagi syuhada syuhada ini.

Apa yang mereka (pembangkang) tahu ialah memperkecilkan kewibawaan pasukan keselamatan, sepatutnya mereka ini berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus berjuang demi menjaga keamanan negara.

Sangkakala ucapkan tahniah dan syabas serta terima kasih kepada Perdana Menteri dan menteri menteri kabinet yang sanggup turun ke Lahad Datu dan memberikan semangat kepada pasukan keselamatan tidak lama dulu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: