Berucap disana dan disini berkenaan dengan kebebasan media hanya mainan kata kata oleg Pakatan Pembangkang selama ini.
Ini jelas dibuktikan oleh Setiuasaha Agung DAP, Lim Guan. Eng yang tidak mahu atau enggan menjawab pertanyaan daripada wartawan yang menyoal sama ada beliau akan bertanding di Johor mengikut jejak langkah bapa beliau, Lim Kit Siang.
Beliau berkata bahawa beliau tidak akan memberi apa apa komen kepada media tentang itu apatah lagi ianya adalah media pro Barisan Nasional.
Beliau berkata bahawa beliau hanya akan menjawab soalan tersebut jika ianya datang dari Sinar Harian, Malaysiakini atau Malaysia Insider secara peribadi.
Inikah pemimpin yang dikatakan selalu melaungkan kebebasan dan hak bersuara oleh media?
Belum apa apa lagi beliau sudah menunjukkan siapa pakatan pembangkang yang sebenarnya.
Ungkapan yang selalu diucapkan jelas hanyalah satu retorik untuk meraih sokongan.
Pembangkang dilihat tidak akan bertindak setelus apa yang diungkapkan oleh mereka selama ini.
Begitu juga ketua pembangkang yang sebelum ini pernah menyergah seorang wartawan dengan mengatakan 'U ulang I saman U' juga memperlihatkan bahawa siapa mereka ini yang sebenarnya.
Untuk mendedahkan kebenaran rasanya tidaklah salah atau bermasalah kerana jika benar benar mereka telus dalam semua hal maka ianya tidak perlu diselindungkan.
Ini juga bermakna selama ini mereka hanya bercakap dengan niat untuk membohongi rakyat kerana itu mereka agak takut untuk menjawab soalan soalan yang dikemukakan oleh wartawan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan