Khamis, 21 Mac 2013

PENGGANAS LAHAD DATU DAPAT UPAH ??? SIAPA YANG BAGI ???

Salah seorang pengganas yang menyerang Lahad Datu mendakwa bahawa beliau menerima upah tetapi tidak pula menamakan siapa yang mengupah beliau.

Jadi disini adakah benar mereka ini pengikut kesultanan Sulu atau mereka ini ditaja untuk datang dan melakukan serangan terhadap Lahad Datu.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Itu daripada prosiding mahkamah yang dilakukan keatas 8 orang pengganas yang didakwa atas akta berkenaan dan kenyataan 7 lagi pengganas berbeza beza dan ada yang menanyakan apa hukuman yang bakal mereka terima.

Berbalik kepada upah yang disebut tadi, adakah ianya didalangi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab dari Malaysia atau ianya adalah dari kesultanan Sulu sendiri.

Dan persoalan lainnya ialah, darimana pula kesultanan Sulu mendapatkan dana untuk melancarkan serangan ke Lahad Datu jika tidak ada penaja yang agak kuat dan besar untuk mereka melancarkan serangan.

Kesultanan Sulu dianggap dan disifatkan tidak akan mampu untuk mengadakan pelbagai kelengkapan ketenteraan kerana untuk membeli perkakasan tentera mereka bukanlah memakan perbelanjaan yang sedikit.

Kenyataan dari pengganas ini perlu disiasat dengan lebih lanjut untuk kita semua tahu siapa dalang sebenar disebalik semua keganasan yang berlaku di Lahad Datu dan orang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan serta dijatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang telah berlaku terhadap para perajurit tanah air yang gugur atau yang mengalami kecederaan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: