Sabtu, 16 Mac 2013

MESEJ CUBA MELAGA LAGAKAN ANTARA UMB DAN BTN

Semalam Sangkakala dapat satu pesanan ringkas melalui sistem mesej balckberry yang

"Ini msg yg saya terima dan memohon utk disebarkan~ Salam Datuk, esok UMB akan buat perjumpaan dengan dianggarkan 700 blogger dijemput hadir.Pada mulanya UMB menjual kononnya PM akan hadir, kemudian Raja Arif telah take advantage dgn menyuntik dana yg besar kpd Tun Faisal dlm program besok. Balasannya Raja Arif akan berucap besok dan diantara ucapannya esok ialah nak BrandWash blogger BN dan menyuntik elemen Simpati kpd Anwar..antara ucapan rutin Raja Arif..."kita mestilah sokong kerajaan yg dibentuk esok...Raja Arif tak sebut Kerajaan BN...."...Antara gula2 esok cabutan 2 buah motor dan 30 hadiah utk menarik org dtg. Semuanya diurus oleh BTN! ULASAN...Rancangan Raja Arif ini sgt bahaya kerana ianya boleh meliberalkan serangan bligger kpd Anwar sebaliknya bertukar kpd simpati kpd Anwar...Semua pencinta Agama, Bangsa dan Negara perlu menjauhi program besok kerana jelas ia adalah AGENDA RAJA ARIF SIMPATIS ANWAR..."

Daripada apa yang Sangkakala alami dan lalui sepanjang program ini pada hari ini dan daripada pertanyaan yang Sangkakala ajukan kepada orang orang kanan yang terlibat didalam program ini, ianya tidak seperti yang dinyatakan dalam mesej yang Sangkakala terima.

UMB tidak menyatakan didalam mana mana jemputan bahawa Perdana Menteri akan hadir untuk majlis perasmian atau apa apa juga didalam program tersebut, tetapi hanya wakil dari Pejabat Perdana Menteri.

Berkenaan dengan suntikan besar yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BTN, YM Datuk Raja Arif kepada Tun Faisal selaku pengerusi UMB Pusat juga nampaknya tidak benar kerana ada beberapa penaja untuk menjayakan program tersebut dan YM Datuk Raja Arif di jemput sebagai panel dan tidak dinafikan bahawa BTN cuma memberikan bantuan untuk makanan para peserta.

Dalam program tersebut juga, YM Datuk Raja Arif hanya menceritakan tentang konsep Gagasan 1Malaysia dan tidak pula ada slot Brandwash (BRAINWASH) seperti yang didakwa oleh penghantar mesej tersebut.

Tentang gula gula yang dikatakan untuk program, cabutan nombor bertuah berupa 2 buah motor dan 30 hadiah utk menarik org dtg memang ada diberikan tetapi ianya tidak menggunakan wang daripada BTN tetapi ianya adalah daripada penaja yang menaja program tersebut, dan perlu diingatkan juga beberapa konvension yang dilakukan sebelum ini juga memberikan hadiah cabutan bertuah berupa gajet dan kalau nak diikutkan nilai gajet gajet tersebut melebihi daripada apa yang diberikan pada hari ini.

Berkenaan dengan perancangan YM Datuk Raja Arif untuk meliberalkan para penulis dan cybertrooper Barisan Nasional ini juga rasanya tidaklah tepat seperti yang dikatakan kerana semua cybertrooper yang dilatih oleh UMB mempunyai etika dan prinsip yang padu iaitu membantu kerajaan dalam memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sangkakala rasa mesej yang dihantarkan itu sebenarnya ada agenda peribadi dan ianya direalisasikan didalam mesej tersebut dengan tujuan untuk memburuk burukkan dan melaga lagakan UMB dan BTN dan perkara itu tidak pernah dan tidak akan berlaku sama sekali.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: