Isnin, 25 Mac 2013

CALON TUA WAKILI PEMBANGKANG !!!

Selepas mengumumkan tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Isnin lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon yang akan bertanding di kerusi Johor Bahru pada pilihan raya umum ke-13.

Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - akan bertanding di kerusi itu.

Md Hashim dijangka akan bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Bahru merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.

Pada Sangkakala pula, kalau si Bekas Panglima ni menang sekali pun, rasanya tak lama lagi akan diadakan pilihanraya kecil pulak.

Tengok dari faktor umur dan daripada gaya percakapan pun dah memang tak larat Tan Sri Hashim ni, nak bertanding di Johor Bharu tempat berkubunya Tan Sri Shahrir Samad memang mencari malang kerana dah tentu Tan Sri Hashim akan kalah teruk.

Sangkakala ada pegi mendengar beliau berceramah, beliau selaku bekas Panglima angkatan tentera Malaysia masih lagi mampu untuk memperlekeh perjuangan anggota keselamatan kita yang berada di Lahad Datu.

Dengan mengatakan bahawa mereka tidak cekap dan sebagainya, inikah bekas pemimpin satu angkatan yang besar yang mahu diangkat naik sebagai pemimpin politik pula?

Bagi Sangkakala, orang ini tidak tahu bagai mana cara untuk menghormati orang lain dan beliau sememangnya tidak layak langsung untuk menjadi wakil rakyat.

Sangkakala tidak nampak dimana kekurangan Tan Sri Shahrir jika ada rakyat di kawasan parlimen Johor Bharu menolak beliau sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut, kerana selama ini beliau dilihat sebagai seorang pejuang yang berjuang membela rakyat.

Jadi kepada pengundi Johor Bharu, fikir fikirkanlah, jangan sampai jadi macam Sangkakala katakan tadi, tak lama PRU akan datang PRK pula di Johor Bharu.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: