Kecoh di laman sosial mengatakan bahawa penyiasat persendirian yang mengemukakan surat akuan bersumpah untuk kali kedua dikatakan mati.
Ada juga yang menjadikan kematian PI Bala sebagai satu bahan lawak jenaka, apa apa pun itu tidak baik dilakukan oleh mereka mereka ni.
Tapi Sangkakala agak ketawa juga bila dikatakan PI Bala sebenar tidak mati tetapi diupah untuk pergi mencari Altantuya Syaribu bagi mengambil keterangan bersumpah beliau untuk menguatkan hujah pembangkang yang selama ini mendakwa bahawa Altantuya dibunuh oleh pembesar segara.
Malang sekali, pemergian Bala untuk berjumpa dengan Altantuya sebenarnay adalah jalan satu hala, bukan seperti SD yang dibuat oleh beliau yang boleh ditukar pada bila bila masa.
Kematian PI Bala merupakan satu kerugian buat pembangkang yang mana orang yang memakan upah untuk berbohong telah pun mati tanpa sempat melakukan lebih banyak fitnah dan tohmahan.
Mungkin Tuhan nak tunjukkan kepada semua, bahawa sekiranya satu satu perkara itu tidak dilakukan dengan ikhlas tetapi dengan niat hendak menjatuhkan seseorang dengan cara memfitnah beliau, maka satu musibah akan melanda.
Begitu juga dengan PI Bala, baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia setelah sekian lama melarikan diri dan disara oleh pakatan pembangkang di India, beliau menghembuskan nafas terakhir di Malaysia.
Dan kini yang lebih risau ialah Deepak yang kerap kali sejak akhir akhir ini memfitnah Perdana Menteri serta Isteri.
Apa kata kita suruh dia bersumpah dengan menggunakan kitab Sikh pula, adakah Deepak berani untuk melakukan sedemikian?
Sangkakala rasa Deepak akan minta ampun dan maaf sekiranya didesak untuk melakukan perkara tersebut.
Ini kerana regu beliau dalam kisah fitnah ini telah menerima nasib malang dan tidak hairan juga sekiranya nanti Deepak juga akan menerima nasib sama.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan