Sangkakala taknak cakap apa apa, cuma rasanya mendiang meninggal dunia kerana pembangkang yang mengheret beliau kesana kesini tanpa mempedulikan kesihatan beliau semasa hidup.
Beliau juga di sambut dengan begitu meriah semasa tiba menaiki pesawat di lapangan terbang dan sejurus selepas tiba, mendiang dikatakan telah bersumpah dengan menggunakan kitab agama hindu bahawa beliau akan mendedahkan segala apa yang beliau ketahui tentang kematian Altantuya Syaribu.
Namun belum sempat beliau berbuat apa apa, sumpah beliau telah memakan diri, tidak kira agama apa sekalipun, kitab keagamaan tidak boleh dipersendakan dan dipermain mainkan.
Itulah yang terjadi kepada PI Bala apabila bersumpah menggunakan kitab agama hindu.
Ini membuatkan Anwar Ibrahim bertambah takut untuk bersumpah menggunakan kitab suci Al-Quran, kerana apa? Kerana takut apa yang berlaku keatas Bala berlaku juga terhadap beliau.
Tidak seperti Datuk Eskay, Saiful Bukhari yang melafazkan sumpah laknat di dalam masjid dihadapan saksi dan menggunakan al-Kitab Quranulkarim.
Begitu juga dengan isteri Perdana Menteri yang melafazkan sumpah dihadapan orang ramai bahawa beliau tidak memiliki cincin bernilai puluhan juta ringgit sepertimana yang didakwa oleh pembangkang selama ini.
Adakah Anwar Ibrahim seberani itu untuk menunjukkan bahawa beliau tidak melanggan Chinadoll dan tidak meliwat Saiful Bukhari?
Hanya yang berani dilakukan oleh Anwar ialah membayar kepada Azlan supaya melakukan pusingan 360' dengan mengatakan bahawa segala apa yang berlaku terhadap Saiful adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sedangkan Saiful sendiri memberikan amaran supaya Anwar Ibrahim berhenti dari meliwat anak muda dan jangan sesekali cuba untuk membeli keluarga beliau dengan wang ringgit.
Hanya itu yang mampu dilakukan oleh Anwar dan untuk melakukan sumpah seperti mana yang pernah dikatakan oleh Nik Aziz satu masa dulu bahawa Anwar kena bersumpah untuk membuktikan diri beliau tidak bersalah tidak akan sekali kali dilakukan oleh beliau.
Ditambah pula dengan berita kematian PI Bala yang tidak sampai sebulan melafazkan sumpah dengan menggunakan kitab agama hindu menambahkan lagi ketakutan beliau untuk melakukan perkara tersebut.
Anwar bolehlah bertaubat untuk bersumpah sepertimana kata beliau, orang yang bersumpah harus bebas dari segala kesalahan atau dosa, seperti maksiat, minum arak, berjudi dan sebagainya.
Dan kerana beliau mungkin ada melakukan salah satu perkara tersebut, maka beliau mengambil pendekatan supaya tidak bersumpah kerana takut BALA (bukan PI Bala) akan menimpa beliau.
pssttt.Malaysia bumi berdaulat, jangan sumpah tak tentu hala nanti jadi macam Bala..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan