Rabu, 2 April 2014

TIAN CHUA BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA !!! APA KELEBIHAN DIA ???

Sejak dari mula lagi Tian Chua Ahli parlimen Batu dilihat tidak pernah serik dengan apa yang berlaku.

Sejak memegang jawatan dalam PKR, pelbagai perkara yang beliau lakukan dan setiap kali itu jugalah laporan polis dibuat.

Namun apa yang kita lihat, laporan demi laporan terhadap Tian Chua tidak mendatangkan apa apa kesan terhadap beliau seolah olah beliau mempunyai kekebalan.


Seperti contoh, kes Lahad Datu, Tian Chua pernah memperkotak katikkan usaha kerajaan dalam menangani isu pencerobohan kedaulatan negara tersebut.

Walaupun banyak lapiran polis dibuat, tapi belum ada apa apa tindakan yang diambil terhadap Tian Chua dan mungkin atas sebab itu juga maka beliau kini mengulangi perangai buruk tersebut.

Baru baru ini apabila Anwar Ibrahim dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun diatas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu peribadi Anwar, Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan barbaur hasutan yang mana Tian Chua telah mengatakan bahawa Anwar dihukum 5 tahun penjara dan Najib (Perdana Menteri) akan dijatuhkan dalam masa 5 bulan.

Bagi Sangkakala ini adalah satu ugutan yang mana ada kemungkinan Tian Chua serta rakan rakan mereka dari DAP dan PAS akan melakukan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Tapi apa pula tindakan yang diambil keatas beliau diatas kenyataan ugutan yang beliau lakukan? Ianya masih lagi kosong.

Bagi seorang pencinta keamanan, Sangkakala rasa tindakan terhadap Tian Chua perlu diambil kerana kenyataan tersebut berbaur hasutan yang mana jika ianya benar benar berlaku maka nagara akan menjadi huru hara.

Harap pihak berkuasa tampil untuk melakukan penyiasatan terhadap Tian Chua dan sesiapa sesiapa sahaja yang bertindak serupa dengan beliau.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Esok tunggu la ada berita mngenai haram jadah ni.. Tgh mncari dia skrg ni.. Kalu jumpa jadi lauk dia ni..

rosli berkata...

Sebab dia faham undang2.. dia selidik dulu sebelum berbicara.. dia tahu akan reaksi rakyat.. tapi dia tahu yg dia takkan di gantung sampai mati, malah ada strategi yg bakal di ubah jika kita kurang faham permainan politics nya.. salah langkah, kita pula di kata kan rasis.. tak der kebebasan bersuara.. tidak ada keterbukaan,.. itu motif nya..