Rabu, 16 April 2014

@NajibRazak @shaberyc @zahid_hamidi TALIAN TELEFON MUDAH ALIH TAK SELAMAT ???

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM adalah sebuah badan kerajaan yang ditugaskan untuk memantau serta mempromosikan apa juga yang berkaitan dengan rangkaian dan komunikasi dalam negara.


Bagi Sangkakala penubuhan SKMM ini adalah amat baik dan perlu demi untuk memberi keselesaan kepada pengguna alat telekomunikasi serta penggunaan sist3m multimedia di negara ini.

Tapi dalam pada itu, Sangkakala ada mendapat satu berita dimana SKMM ada melantik sebuah syarikat yang menjadi pemegang kepada IP address setiap pengguna termasuklah pengguna t3l3fon mudah alih.

Betul ke cerita yang Sangkakala dapat ni? Dan kalau betul, kenapa perlu terjadinya perkara sebegitu?

Bagi Sangkalala adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya SKMM sendiri yang memegang IP address tersebut demi tujuan keselamatan walaupun pada asasnya tidak perlu semua itu dilakukan oleh mana mana pihak sekalipun.

Tapi apabila ada desas desus yang mengatakan bahawa SKMM telah melantik sebuah syarikat lain untuk menjalankan tugasan tersebut, Sangkakala sendiri berasa amat tidak selesa kerana semua apa yang kita lakukan dengan menggunakan talian internet akan dapat dilihat dan dibaca.

Seperti yang Sangkakala katakan tadi, sekiranya SKMM sendiri yang memegang IP address berkenaan, mungkin tahap kepercayaan masih lagi ada, tapi apabila ianya diserahkan kepada orang lain, Sangkakala sendiri berasa amat todak selesa.

Kita semua tahu bahawa sekarang ini terlalu ramai yang menyalahgunakan laman laman media sosial dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang tidak sepatutnya dan bagi Sangkakala tindakan mereka ini memang perlu diambil tindakan.

Tapi disini situasinya amat berlainan, Sangkakala berikan satu contoh disini, Syarikat tersebut tidak pernah diberitahu statusnya ( jika ada ) dan apa yang menjadi kerisauan Sangkakala adalah dari segi keselamatan pengguna itu sendiri.

Adakah mereka ini benar benar dalam keadaan selamat dengan terdedahnya IP address mereka ini kepada orang yang tidak dikenali?

Sangkalala akan cuba korek cerita ini sehingga ke akar umbi dan Sangkakaka akan dedahkan nama syarikat serta bukti perincian fungsi mereka hingga mendapat tawaran yang sudah pastinya akan mengaut keuntungan kepada mereka.



Tiada ulasan: