Isnin, 3 September 2012

DAP GOYAH DENGAN KEMARAHAN RAKYAT

Dalam demonstrasi yang diadakan oleh penyokong penyokong pakatan rakyat pada malam 31 Ogos yang lalu, kita ada kelihatan penyokong penyokong mereka membawa bendera yang asing dan belum pernah kita lihat.

Dalam semua orang tertanya tanya bendera negeri atau negara mana yang dibawa oleh penyokong penyokong ini, rupa rupanya ia adalah bendera yang bakal menggantikan jalur gemilang.

Apa bila berita ini tersebar di laman laman sosial dan tertera dalam akhbar tempatan ianya menjadi satu kemarahan rakyat dimana kebanyakan rakyat yang cintakan negara tidak sanggup untuk melihat lagi maruah negara menjadi permainan pakatan rakyat.

Seperti biasa DAP akan memainkan peranan seolah olah perkara ini tidak mendapat restu dari mereka dan ianya bukanlah agenda pakatan rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Sangkakala berpendapat, jika pakatan rakyat tidak mengetahui perkara ini, masakan pengikut pengikut mereka membawa bendera tersebut.

Agenda untuk menukarkan jalur gemilang ini mungkin memang ada dalam pemikiran pemimpin pembangkang, namun setelah sedar dengan kebangkitan serta kemarahan rakyat, maka mereka menafikan perkara tersebut.


1 ulasan:

Pak Mus berkata...

Semua perbuatan hina dan jijik ini akan tercatat dalam sejarah negara kita sebagai kejahatan Pembangkang Di Malaysia yang ingin mendapatkan kuasa dengan cara yang paling tidak bermaruah berbanding dengan mana-mana negara dan pada mana-mana zaman sekalipun.

Semoga jasamu burukmu dikenang oleh anak cucu kita.