Rabu, 5 September 2012

MAZLAN ALIMAN DAH GILA AGAKNYA

NGO pemantauan isu-isu Felda Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) memberi amaran, 'penyingkiran' Pengurus Besar Felda Dzulkifli Wahab akan memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.

Hairan juga Sangkakala dengan perkataan "tidak baik untuk parti pemerintah" seperti yang disebutkan oleh beliau. Sejak bila Mazlan begitu mengambil berat tentang baik dan buruk untuk kerajaan? Setahu Sangkakala, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan adalah buruk di mata pembangkang walau pun ianya adalah untuk kebaikan.

Dalam kes pertukaran Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli yang dihebohkan oleh ANAK, ini adalah perkara biasa dalam setiap jabatan atau badan atau mana mana institusi kerajaan mahupun swasta, sebab setahu Sangkakala, jika seseorang pegawai ditukarkan ke jabatan atau kementerian lain, itu adalah kerana kewibawaan beliau serta kemahiran yang beliau ada di perlukan di tempat lain.

Mungkin juga Mazlan Aliman serta pengikutnya cuba menghalang Dzulkifli daripada memperolehi pendapatan lebih disamping memberikan atau memindahkan pengalaman yang ada pada beliau untuk kepentingan kementerian yang bakal disertai oleh Dzul.

Berkenaan dengan 23000 pekerja yang didakwa mengikut Dzulkifli, mereka memang akan merasa kehilangan Dzul pada awalnya tapi perkara ini lama kelamaan akan hilang.

Sama juga semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad semasa meninggalkan tampuk pemerintahan negara, semua rakyat Malaysia merasa kehilangan beliau, tetapi setelah digantikan dengan Perdana Menteri yang baru, perjalanan pemerintahan masih sama, walaupun begitu, sehingga kini semua orang masih menghormati beliau.

Begitu juga dengan Dzulkifli, pertukaran beliau tidak bermaksud beliau akan diketepikan dan sudah pasti setiap kakitangan Felda yang dikatakan rapat dengan beliau akan sentiasa mengenang jasa serta budi yang beliau curahkan sepanjang beliau berkhidmat dalam Felda.

Tapi kalau diikutkan daripada gambar yang Sangkakala upload sekali dalam artikel ini, kenapa semua yang ada tu nampak macam muka orang orang tua dan takde langsung gaya sebagai kakitangan Felda. Mazlan mendakwa kakitangan Felda merasa tak puas hati, tapi Sangkakala tengok tak ada seorang pun kakitangan Felda yang terlibat dalam gambar tersebut.

Jadi Sangkakala rasa ini semua adalah satu propaganda dari Mazlan Aliman yang sebelum ini gagal untuk menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan FGVH ke bursa saham.

Tiada ulasan: