Khamis, 6 September 2012

DAP MAKIN MENGGILA DI PENANG

Sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke 12 hingga kini, DAP semakin menggila di Pulau Pinang.

Tapi yang kerap menjadi mangsa adalah para peniaga kecil yang boleh di anggap kais pagi makan pagi.

Baru baru ini para peniaga ini mungkin sudah kehilangan punca dan ini membuatkan mereka berang dengan kerajaan di negeri tersebut.

Kita semua digemparkan dengan amukan yang dilakukan oleh para peniaga ini di majlis rumah terbuka sempena aidilfitri kerajaan negeri Pulau Pinang baru baru ini.

Sangkakala rasa tidak ada salahnya jika mereka pergi ke majlis tersebut disamping untuk berjumpa dan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri tentang kedudukan mereka sebagai peniaga.

Peniaga peniaga ini dikatakan berang apabila jerajaan negeri mengarahkan mereka hanya boleh menjalankan perniagaan pada jam 12 tengah malam.

Jika difikirkan secara logik akal juga sekalipun, siapa yang akan datang ke premis perniagaan selepas pukul 12 malam? Ini adalah punca kenapa para peniaga ini berang.

Jadi kepada semua pengundi, janganlah percaya pada mereka yang selalu membohong begini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suruh para peniaga tersebut pergi jumpa dgn ADUN PR yang mereka undi dulu untuk minta tolong... kalau tak dapat ditolong, mereka buatlah stetement dlm TV atau surat khabar dan akhir sekali pakat ramai2 isytihar keluar parti...