Khamis, 4 September 2014

AKHIRNYA PM @NajibRazak SENDIRI TURUN PADANG #gst


Semua rakyat Malaysia mengetahui bahawa pada tahun hadapan kerajaan akan memulakan pembaharuan dalam sisten percukaian di Malaysia dengan melaksanakan cukai GST.

Dalam kemelut yang melanda sistem percukaian ini, ada dikalangan rakyat yang menentang malah tidak kurang juga yang menyokong pelaksanaan GST memandangkan ianya adalah untuk kebaikan ekonomi negara.

Pembangkang pula seperti biasa akan menjadikan isu tersebut sebagai bahan politik untuk menghentam kerajaan dengan mengatakan bahawa kerajaan cuba menaikkan cukai terhadap rakyat walaupun telah berkali kali diberitahu apa kepentingan GST dalam memacu ekonomi negara.

Bagi mereka yang tidak lagi begitu faham atau memang tidak faham tentang GST, anda boleh pergi ke Dewan Merdeka PWTC untuk mencari pemahaman tentang GST dalam Penerangan Perdana GST yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri.

Mungkin juga Perdana Menteri akan memberikan sedikit input kepada mereka yang kurang faham tentang kebaikan yang diperolehi oleh negara jika pelaksanaan GST dilakukan kelak.




Tiada ulasan: