Ahad, 7 September 2014

AKAUN FB MENTERI PUN JADI PERSOALAN ?? PELIK SIKAP MANUSIA NI #DSIS @ismailsabri60

Hari ni ada sorang pengguna laman facebook mempertikai akaun Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Pertanian kononnya status yang dinaikkan kenapa perlu sponsor dan adakah Menteri ni takde pengikut?


Setahu Sangkakala, pengguna facebook yang mempertikai ni bukanlah orang baru dalam laman tersebut dan sudah pastilah beliau juga tahu apa tujuan pemilik akaun facebook lain membuat bayaran kepada facebook bagi menghantar makluman tentang status berkenaan kepada orang ramai.

Untuk makluman, Menteri Pertanian kita ni mempunyai puluhan ribu pengikut di laman facebook dan apa yang Sangkakala tahu, tujuan beliau membuat bayaran adalah untuk memberikan makluman tentang sesuatu kejadian atau program atau apa sahaja yang dirasakan perlu dimaklumkan.

Lagi pun bagi Sangkakala adalah bagus apabila beliau berbuat begitu kerana tak semua orang membuka laman facebook pada masa sama dan dengan membuat bayaran kepada facebook juga sudah tentu lah akan lebih ramai yang mengetahui tentang sesuatu yang hendak disampaikan.

Kita ni yang sebenarnya janganlah sampai dilihat tidak cerdik dalam penggunaan laman media sosial facebook ni dan rasanya adalah lebih baik kalau kita duduk diam kalau kita tak tau apa apa.

Tapi pemilik akaun ni Sangkakala tahu bukanlah calang calang orang dalam facebook malah ada juga yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang cybertrooper dan sudah pastilah beliau lebih mengetahui apa fungsi bayaran tersebut dibuat.

Atau adakah dengan membuat pertikaian sedemikian maka akan ada suatu berita gembira yang bakal diterima dan Sangkakala rasa pembaca kena faham fahamkan apa berita gembira tersebut.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Nasib baik sangkakalajari9 tak bubuh saper yg soalkan acct fb menteri...
..ada lagi tambahan...di bayar utk elak Hackers atau tersalah posting......