Rabu, 24 September 2014

#pengkalankubor BEZA ANTARA CUTI TAHUNAN DAN CUTI SAKIT !!! PAS SERANG ISTERI CALON

Memang sewajarnya calon wanita dari PAS yang diletakkan di PRK Tenang dulu kalah dan tidak dipilih oleh para pengundi di kawasan tersebut.

Ini kerana walaupun menjawat jawatan sebagai guru pada ketika itu, kebodohan beliau jelas kelihatan di PRK Pengkalan Kubor.


Sepanjang tempoh kempen di PRK Pengkalan Kubor, Sangkakala tidak pernah menulis tentang apa juga kejadian yang berlaku di kawasan tersebut.

Tapi hari ini apabila terlihat dan terbaca dalam Malaysiakini yang mana cikgu Mala telah menuduh bahawa isteri kepada calon Barisan Nasional tidak mematuhi etika sebab mengambil cuti untuk membantu suaminya kempen, Sangkakala rasa terpanggil juga untuk meperbetulkan tuduhan tersebut yang Sangkakala lihat tidak mempunyai asas sama sekali.

Baca DISINI.....

Cikgu Mala sendiri dalam kenyataannnya mengakui bahawa suami beliau mengambil cuti sakit atau MC untuk membantu beliau berkempen di Tenang sedangkan suami beliau tidak mempunyai penyakit kronik yang memerlukan cuti.selama 21 hari.

Berbeza pula dengan isteri calon PRK Pengkalan Kubor dimana beliau MEMOHON CUTI dan bukannya mengambil CUTI SAKIT sepertimana yang dilakukan oleh suami Normala.

Mungkin kebodohan cikgu Mala ialah beliau tidak mampu untuk membezakan diantara cuti sakit dan cuti yang dipohon.

Kalau nak diikutkan dengan etika, memberikan alasan sakit serta sijil cuti sakit adalah satu perkara yang tidak beretika kerana ianya menipu tambahan pula bukti yang suami Normala mempunyai penyakit serius tidak ada.

Tapi kalau memohon cuti di klasifikasikan oleh Normala sebagai tidak beretika, nampak sangat yang Normala tidak tahu membezakan kedua dua perkara tersebut.

Jadi disini Sangkakala ucapkan tahniah kepada para pengundi di Tenang yang telah memilih calon Barisan Nasional pada ketika itu dan kepada pengundi di Pengkalan Kubor, ini juga perlu dijadikan panduan supaya jangan tersalah pilih dalam membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil rakyat anda.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Standard lqh macai2 PAS-pisss-pusssy ni. Depa bila cakap bukannya pikiaq. Otak semua nya kat kepala lutut dan juboq masing2......