Selasa, 23 September 2014

KES SKANDAL #rasuah AZMIN ALI TERBONGKAR

Belum sehari Menteri Besar Selangor yang baru mengangkat sumpah memegang jawatan, seorang bekas pegawai SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat pendedahan tentang skandal RASUAH yang melibatkan Azmin, isterinya Shamsidar serta Anwar Ibrahim

Baca DISINI untuk maklumat lanjut.


Ramai yang agak terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah diperkenan untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bukan kerana apa, tapi ramai yang agak terkejut kerana selama ini sudah menjadi tradisi bahawa anak jati Selangor sahaja yang akan memegang jawatan CEO Negeri tersebut tetapi kali ini ianya telah bertukar.

Azmin dikatakan lahir di Singapura dan sudah semestinya bukan anak kelahiran Selangor seperti yang disyaratkan untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Tapi itu semua tidak perlu dipersoalkan kerana Tuanku Sultan sudah pasti menyemak sedalam dalamnya keperluan serta keselesaan Baginda untuk meletakkan siapa bakal menjadi Menteri Besar dan barulah seseorang itu layak untuk mengangkat sumpah.

Tapi apa yang berlaku pada hari ini juga amat mengejutkan kerana sudah ada laporan tentang RASUAH yang selama ini mungkin tidak diketahui umum.

Jadi dengan itu, Sangkalala menyerahkan kepada kebijaksanaan para pembaca untuk menilai sendiri siapa Azmin Ali sebelum ini.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sukew ati sultan selangorla....nk mbebel lg apsal?
hahahaha....
khir toyo bile lg nk masok dlm ek?hahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Setuju2....anak toyol tu dh baham lg byk