Sabtu, 5 Julai 2014

@TengkuAdnanReal BANGGA BILA ADA NGO MENURUT PERINTAH

Selepas beberapa hari Tengku Adnan dikecam dengan hebat apabila mengatakan hahawa pemberi dan peminta sedekah akan dikenakan hukuman saman, maka semalam sabuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO mengambil pendekatan untuk tidak memberikan bantuan makanan kepada gelandangan dan peminta sedekah di tempat yang dikatakan zon sifar pengemis.

Agaknya kembang setaman le orang tua nyanyuk ni bila NGO Kechara Soup Kitchen ni menurut kehendak dia.

Tapi perlu diingat bahawa pemberian makanan tersebut tetap berlaku dan tidak sepertimana kenyataan asal Tengku Adnan yang mengatakan akan mengenakan tindakan saman ke atas mereka yang memberikan sedekah kepada para pengemis ini.

Sangkakala ingat lagi pada awalnya apabila orang tua nyanyuk ni kata pihak DBKL akan menyaman mana mana individu yang memberi sedekah kepada pengemis, perlu diingat, INDIVIDU bukan NGO sepertimana kenyataan beliau selepas menerima kritikan dan hentaman dari penggiat media melalui blog, facebook dan sebagainya.

Selang sehari selepas itu, Tengku Adnan dah pula pusing kenyataan dengan mengatakan bahawa niat beliau di salah ertikan dan bermulalah beberapa orang penjilat tegar kepada Menteri Wilayah ni bersuara mengatakan bahawa Tengku Adnan yang terbaekk dan sebagainya.

Bagi Sangkakala, korang nak buat apa pun korang buatlah, Sangkakala ambil kenyataan mula yang dikeluarkan oleh Ku Nan dalam beberapa akhbar online.

Tengku Adnan semalam pula mengatakan bahawa ada beberapa kawasan yang dijadikan sebagai Zon Sifar Pengemis di bandaraya Kuala Lumpur.

Tapi adakah dengan membuat halangan dengan tidak memberikan makanan kepada pengemis dan gelandangan ini maka kawasan tersebut tidak akan didatangi oleh kumpulan tersebut?

Sangkakala lihat Tengku Adnan seolah olah menganggap kumpulan ini sama seperti haiwan yang mana jika ada makanan di satu satu kawasan maka mereka tidak akan bergerak ke kawasan kawasan lain.

Mereka juga ada kaki la orang tua nyanyuk woii..bukan nak duduk setempat je.

Walau apa pun Sangkakala tetap megatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ku Nan telah mengina rakyat yang gemar memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.


Tiada ulasan: