Jumaat, 4 Julai 2014

HEBAT CARA MENTERI WILAYAH TANGANI MASALAH !!! @tengkuadnanreal

Bulan puasa atau Ramadhan ni kita digalakkan untuk melakukan amal jariah t3rutamanya kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.

Tapi dalam bulan ramadhan ini juga kita dikejutkan dengan kenyataan Menteri Wilayah yang mengatakan bahawa pemberi sedekah akan di saman.

Setelah menerima kritikan dan reaksi dari pelbagai pihak, maka Tengku Adnan menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan tersebut untuk membetulkan keadaan.


Sangkakala terharu juga apabila membaca kenyataan dari Tengku Adnan yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas whatsapp dan Sangkakala percaya dengan apa yang beliau katakan tu.

Tapi satu perkara yang menyedihkan apabila Sangkakala buka pula sebuah portal berita yang mengeluarkan kenyataan Tengku Adnan petang tadi yang mana Sangkakala dapat rasakan ianya seperti menghiris perasaan.


Kepada Datuk Seri Tengku Adnan, tak semestinya yang memberi sedekah tu banyak duit, tapi kami ada hati dan perasaan belas sesama insan dan hati kami tidak hitam disebabkan kekayaan yang melampau.

Ayat yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah ni boleh dibaca DISINI...

Kenapa ayat seumpama itu dikeluarkan? Dan bagi Sangkakala ianya seolah olah menghina orang yang memberikan sedekah kepada insan lain.

Seperti yang Sangkakala tuliskan sebelum ini, kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisma bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengemis ini seperti mengadakan tempat perlindungan atau sebagainya dan ini perlu dijelaskan kepada orang ramai sama ada ianya sudah ada atau belum.

Memang banyak kegiatan mengemis dan ada kalanya kita diberitahu bahawa ada sindiket yang mengatur pengemis pengemis ini untuk meminta sedekah dan perkara ini perlu disiasat sama ada ianya benar ataupun tidak dan jika benar maka satu tindakan tegas perlu diambil.

Bukan dengan mengeluarkan ayat yang seolah olah menghina pemberi sedekah dengan mengatakan bahawa mereka banyak duit dan boleh membayar saman serta merta.

Mereka yang memberi sedekah tidaklah sekaya dan semewah Datuk Seri Tengku yang mampu untuk pergi menunaikan Umrah menaiki jet peribadi, tapi sekurang kurangnya mereka ada perasaan belas terhadap insan lain yang mungkin memerlukan dan jika pengemis ini menipu itu urusan di antara si pengemis dengan Allah dan jika mereka ini dipergunakan itu perlu pihak kerajaan tangani dengan sebaik mungkin.

Jadi disini Sangkakala amat berharap supaya perkara ini dikaji terlwbih dahulu dan bukannya melulu hingga satu masa nanti rakyat akan merasakan bahawa untuk melakukan amal kebajikan juga memerlukan kekayaan dan bukanlah dengan apa yang ada.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

niat menteri wilayah tu spy pemberi sedekah ni x menggalakkan pemberian duit pd gelandangan atau pengemis. tindakan pemberi2 sedekahlah yg menggalakkan mereka utk terus meminta2. bahkan satu masa dulu ada keluar laporan bhw golongan ini boleh dpt purata dlm rm100 sehari. kalau sebulan tak 2 - 3 ribu dengan hanya mengharap belas ihsan org ramai? ini seolah2 bg isyarat salah bhw mengemis boleh datangkan pulangan lumayan sedangkan org lain yg bertungkus lumus bekerja membanting tulang 4 kerat dan pecah otak memikir berkenaan hal ehwal kerja x sampai ke tahap tu pun gaji mereka. sepatutnya org ramai laporkan kpd jabatan kebajikan masyarakat sbb kita pun dah ada akta orang gelandangan. bukan dgn memberi duit walaupun kesian. lebih elok disedekahkan duit tu pd rumah anak2 yatim, org2 tua yg berdaftar atau masjid2.

jentayu