Selasa, 15 Julai 2014

LAGI CERITA TIPU !! DIROGOL SELEPAS DIPAKSA NAIK MOTOSIKAL

Macam macam cara remaja sekarang nak menyelamatkan diri bila dah kantoi dalam sesebuah perkara tambahan pula kalau perkara tersebut mengaibkan.

Sangkakala terbaca dalam portal berita SinarHarian yang mengeluarkan berita kononnya seorang remaja berusia 15 tahun dari Kuala Terengganu dirogol selepas dipaksa menaiki motosikal.

Yang tak boleh tahan tu bila ada perkataan DIPAKSA menaiki motorsikal, boleh percaya ke? Kalau naik kereta, van tau yang seangkatan dengannya Sangkakala agak yakin juga, tapi kalau naik motor ada rasa macam pelik sikit.

Motorsikal !!! Kenderaan yang tidak mempunyai dinding dan kalau mangsa berteriak sudah pasti akan ada ramai yang membantu, kenapa tak berteriak atau memekik meminta tolong atau memang seronok untuk mengikut suspek yang juga merupakan teman lelaki remaja tersebut.

Maaf la, kalau Sangkakala jadi hakimnya, salah tetap salah mengikut peruntukan undang undang, budak perempuan ni pun Sangkakala rasa tak boleh dilepaskan begitu sahaja dan perlu juga diambil tindakan.

Yang menjadi kehairanan lagi ialah, selepas 3 bulan kejadi tersebut berlaku, barulah mangsa membuat laporan polis, kenapa tak buat laporan selepas kejadian? Kenapa perlu ambil masa 3 bulan? Sebab suspek minta putuskan hubungan agaknya kan? Jadi oleh kerana marah, buat laporan polis.

Ini le sikap anak anak zaman sekarang yang terlalu leka bersosial dan kepada ibu bapa diluar sana, perhatikanlah dimana anak anda berada dan dengan siapa mereka bersahabat atau berkawan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Poyo la lu sangkakala,ce la fikir guna otak sket,mana la tau pompuan tu kene ugut ke..sekarang ni macam2 blh jadi