Rabu, 30 Julai 2014

DR ZUHDI TERUS MENYERANG ANWAR IBRAHIM

Ahli Jawatan kuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi terus menerus menghentam Anwar Ibrahim dalam laman facebook milik beliau.


Mungkin kesabaran beliau selama ini sudah sampai ke tahap maksimum dan Dr Zuhdi mungkin sudah merasakan bahawa sudah sampai masanya segala kepincangan Anwar didedahkan demi untuk menyelamatkan PAS dari terus menjadinkuda tunggangan PKR dan DAP.

Yang peliknya, takkan Dr Zuhdi seorang sahaja yang nampak apanyang dilakukan oleh Anwar terhadap PAS selama ini? Mana pegi pemimpin lain sebagai AJK Pusat yang sudah semestinya juga melihat apa yang berlaku selama ini.

Mungkin kerana kuasa dan kedudukan tambahan pula dalam PAS sendiri sudah ada kumpulan Anwarinas yang akan mempertahanlam PKR hingga ada yang membocorkan rahsia perhubungan dan perbincangan Dr Zuhdi dalam group Whatsapp AJK PAS pusat.

Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar sudah menular dalam PAS dan kini perkara tersebut secara terang terangan telah dapat dilihat.

Apakah PAS akan berdiam diri sahaja dan menunggu tindakan selanjutnya oleh Anwar?

Seperti gambar yang Sangkakala masukkan diatas, Dr Zuhdi juga ada bertanya tentang status kuasa yang ada pada Anwar selaku ketua umum dalam parti PKR, adakah kuasa tersebut mengatasi kuasa presiden parti tersebut dan apa pula fungsi hingga membolehkan Anwar memanggil majlis presiden untuk bermesyuarat.

Bagi Sangkakala, memang ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Dr Zuhdi tentang jawatan Anwar dalam PKR hingga menguasai kuasa presiden dan adakah dalam perlembagaan PKR termaktub jaeatan tersebut yang mengatasi kuasa presiden?

Soalan ini perlu dilihat dengan serius memandangkan majlis presiden di panggil untuk bermesyuarat bagi meletakkan nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang ada sekarang.

Jadi Sangkakala juga mengatakan bahawa tindakan Haji Hadi untuk tidak hadir ke mesyuarat tersebut adalah amat tepat kerana Anwar bukanlah presiden sebuah parti dalam pakatan tetapi beliau lebih kepada ahli biasa yang gilakan kuasa.



2 ulasan:

Wak Sukur Wajali berkata...

Tahniah kepada Dr.Zuhdi kerana mempunyai keberanian menyatakan yang hak. Anda bersikap professional didalam memberikan pendapat tanpa ada rasa prejudis, duress terutama dalam mengulas satu "kuasa" mitos yang ada pada "Ketua Umum". Kuasa ini tidak berlandaskan mana-mana perlembagaan dan undang-undang pertubuhan malah tidak diiktiraf oleh mana-mana mahkamah didalam negara.

"Kuasa" Ketua Umum tersebut hanyalah disebabkan oleh perasaan kecut pengikut, penjilat dan pengampu, tidak lebih jika dibandingkan dengan "kuasa" Tuhan langit Ayah Pin.

Dr.Zuhdi, anda telah menyalakan satu lilin didalam kegelapan.

Tanpa Nama berkata...

Puak ug bodo belaka..terengganu hilang kedah hilang. ..