Rabu, 16 Julai 2014

TAKUT KEMURKAAN ALLAH ?? KHALID SAMAD RETORIK LAGI

Semalam apabila Tuanku Sultan Selangor menyelar kebiadaban ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam titah ucapan Baginda, jelas membuktikan bahawa Tuanku Sultan tidak berapa selesa dengan apa yang dilakukan oleh ahli parlimen berkenaan.

Hari ni Khalid seolah olah memerli Tuanku Sultan kononnya di bulan Ramadhan adalah bulan ke Taqwaan dan taqwa bererti takut kepada kemurkaan Allah dan jangan kerana nak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah.


Kenyataan tersebut Khalid tujukan kepada siapa agaknya? 

Tapi bagi Sangkakala, ianya ada kemungkinan du tujukan kepada Baginda Sultan yang semalam mengatakan bahawa Khalid Samad biadap dan jelas Baginda murka dengan perlakuan beliau yang meminta supaya kerajaan Selangor mangkaji semula kuasa Majlis Agama Islam negeri tersebut.

Kalau nak dikira dengan kemurkaan Allah, tak salah juga kalau Khalid mengkaji adakah dengan meminta supaya kitab Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah di pulangkan semula kepada pihak gereja dan seterusnya berkemungkinan akan memesongkan aqidah umat Islam di negara ini?

Kita dapat lihat bagaimana Khalid Samad cuba memanipulasi tentang agama dengan membandingkan kemurkaan Tuanku Sultan dengan kemurkaan Allah sedangkan Tuanku Sultan selaku ketua agama Islam di Selangor mempunyai hak untuk menjaga kepentingan agama Islam di dalam negeri Selangor serta jajahan takluknya.

Kenyataan Khalid dalam laman twitter berkenaan nampaknya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau bersama 3 orang lagi ahli parlimen pakatan adalah benar dan perlu diingat, Khalid membuat kenyayaan meminta agar kuasa MAIS dikaji semula adalah dengan niat supaya Bible yang dirampas oleh MAIS dapat di pulangkan semula kepada pihak gereja sedangkan dalam perlembagaan telah termaktub bahawa sebarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah dilarang tetapi mereka bebas untuk mengamalkan agama masing masing. 

Khalid juga Sangkalala lihat sudah lari dari prinsip Rukun Negara di mana "KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" tidak lagi wujud dalam diri beliau dengan mempertikai kedudukan kuasa Majlis Agama Islam Selangor yang selama ini menjadi badan penasihat kepada Sultan Selangor dalam konteks agama Islam. 

Sikap retorik Khalid juga jelas kelihatan dimana walaupun beliau dikatakan akan mengadap DYMM Sultan Selangor, tapi dalam masa sama beliau masih lagi melakukan provokasi melalui akaun twitter milik beliau.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muko tak hensem nak sonyum pulak. Jadi macam jubo ayam

Tanpa Nama berkata...

PUKIMAK LU, khalid samad!!

Tanpa Nama berkata...

mungkin kah Allah S.W.T membuka aib Khalid Samad ni agar umat islam khususnya penyokong PAS di Shah Alam sedar bahawa pemimpin yang mereka pilih seorang munafik.